Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts
Friday, June 13, 2008
Dunia yang indah..
Telah kulalui jalan berduri, sejuta harapan terus ku pertahankan, bukan mudah menggapai bintang dilangit bersemi dugaan mendatang, disebalik kepayahan disitulah kekuatan, tekad hati azimat di perjalanan mengejar impian. Mampirlah laluan seakan sutera bagai tak terdaya untuk terus bertahan , namun kasihMu menyedarkan aku tak pernah sendirian. Tinggi langit mimpi in, tak kuragu untuk buktikan, indah bintang yang terang bukan khayalan, tetapi kenyataan. Akan kau saksikan kesulitan ini pasti berkahi kebahagiaan. Telah pun kau dengar kisahku ini, pernah kau cuba untuk mengerti? Engkaulah yang mempunyai cinta yang membawaku ke puncak nasuha..
Tuesday, June 3, 2008
Pentas Lakonan Dunia.
Dunia ini begitu fana, seperti didalam mimpi. Didalam mimpi kita mampu merasa juga didunia kita juga mampu merasa, jadi mimpi dan dunia ini seakan2 sama yakni kefanaan kedua2nya. Dunia ini adalah tempat dimana ujian bertandang tidak kira sama ada besar atau kecil, yang pasti dunia ini memang fana, tempat permainan jasad, sedang mati itu penyudahnya bagi jasad, bagi roh meneruskan perjalanan menuju ke alam seterusnya. Perhatikan disini, berapa ramaikah manusia yang sedar akan perkara ini? Tika takdir yang berat menimpa terima sahajalah, tika orng berbuat buruk terhadap kita bersabarlah, kerana kita cuma pelaku kepada takdir yang tertulis di lauh mahfuz. Kita cuma pelakon yang melakonkan watak masing2 sebagai khalifah Allh SWT dimuka bumi ini. Tika buntu kembali kepada Allah, tika kecewa carilah Allah, tika marah mohonlah ampun dari Allah, tika benci menyelubungi diri, ingatlah Allah itu tidak membenci, tidak pernah Allah membenci hamba yang disayangiNya. Begitu luas bukti tentang kebesaran dan kekuasaan Allah mengapa harus kita butakan mata untuk melihat semua itu, tika diri hilang segalanya, bermakna apa yang kita perolh itu bukan terbaik untuk kita. Akan diberi ganti nnt. Bila Allah cepat memakbulkan doamu, Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Berfikirlah wahai bani insan....
Subscribe to:
Posts (Atom)