Dewasa ini ramai berbicara dengan cinta, hatta kanak-kanak berusia 12 tahun pun mula sudah bercinta. Begitu cepat evolusi perasaan cinta ini hadir kedalam diri insan. Hari ini, buat hari ke 6 berturut-turut penulis berfikir, apa itu makna cinta, kenapa ingin bercinta, apa dia falsafah cinta, kenapa dengan cinta ini manusia berperangai diluar keupayaan sebenarnya. Cinta itu adalah suci, sesuci tempat dimana ia nya diciptakan yakni di syurga Allah SWT. Yang kotor itu tangan manusia yang keji yang sering merosakkan keindahan yang Allah ciptakan. Sedarlah wahai insani, cinta itu adalah nikmat yang besar. Disini penulis ingin membicarakan melalui kata-kata tentang cinta sesama manusia, atau lebih kepada cinta antara kaum adam dan kaum hawa. Ungkapan cinta itu buta adalah tidak sesuai, kerana cinta itu tidak buta, tapi manusia itu lah yang buta untuk menilai cinta. Kadang kala bila manusia sudah bosan dengan cinta itu, cinta itu dipersalahkan. Mulut ucapkan cinta tetapi hati memberontak. Penulis sendiri pernah mengalami pengalaman ini dengan seseorang. Apa makna cinta tanpa perbuatan yang meyakinkan yang kita ini dicintai. Bila diri merasakan letih, maka pelbagai alasan diberikan oleh insan tadi, sibuk, penat, mengantuk, banyak kerja dan sebagainya atas alasan untuk mengelak. Bagi penulis sesiapa yang makan cili dia terasa pedasnya. Wahai insan yang gagal dalam percintaan, itu bukan akhirnya sebuah kehidupan tetapi permulaan bagi satu kehidupan yang baru.
Allah SWT menyayangi hambanya yang tabah, redha akan ketentuanNya. Ada lagi insan yang lebih menyayangimu, lebih baik yang telah Allah tetapkan sejak di alam roh lagi. Berusahalah untuk memikat dengan aturan-aturan yang telah diajar oleh Nabi SAW. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Biarkan cinta itu membara dengan keredhaan Ilahi, buangkan tinggi egomu, kerana tiang yang tinggi bisa mudah roboh. Perhatikan cinta Zulaikha yang tulus akhirnya menjadi peneman kepada nabi yang paling baik rupa parasnya.
Cinta itu bukan satu penyeksaan tetapi suatu pelepasan keindahan.
No comments:
Post a Comment