Friday, June 6, 2008
Kita Adalah Pemula Kegemilangan Tamadun..
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Ku Dambakan Mu.
Tuhanku... Lemah diriku ini dihadapanMu,
Tuhanku, ampunkanlah segala dosa2ku, maafkanlah segala kejahilan dan kesilapan hambaMu.
Aku sering melanggar segala laranganMu, walaupun sedar dan tidak..
Bilakah aku ingin kembali kepada fitrah sebenar, pagi ku ingat dan petang kelak akan ku alpa, begitulah hari-hariku.. Kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu...
Aku lemah dan jahil tanpa hidayah dariMu..
Kau Penyayang Pengasih, dan Pengampun pada hamba2Mu..
Tuhan diri ini tidak layak kesyurgaMu,
Tapi tidak pula sanggup untuk aku merasa setitik api nerakaMu..
Kanvas lukisan cintaku untukmu Ilahi..
Thursday, June 5, 2008
Words of Wisdom Ver. 2
Rahmat Ujian
Wednesday, June 4, 2008
Mencarimu kasih.
Canvas of life..
a blank canvas.
And there you are,
the painter of your own world.
Individual brushstrokes
add texture to life,
a wonderful spectrum of colours
reflect the choices we make,
the choices that tell our story.
And behold - a Masterpiece
as unique as you are.
Life is Beautiful...
Doa Ku padamu Ayah Ibu..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
Words of Wisdom
"A wise man learns by the mistakes of others,
a fool by his own."
"A loving heart is the truest wisdom."
"One who understands much displays a greater simplicity of character than one who understands little."
"On every thorn, delightful wisdom grows,
In every rill a sweet instruction flows."
"The man of wisdom is never of two minds;
the man of benevolence never worries;
the man of courage is never afraid."
"Life is either a daring adventure or nothing."
"Fall seven times, stand up eight." Japanese proverb
Ubat untuk perpisahan..
Puteriku Sayang
Kau mampu menyaingi lelaki didalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai putriku sayang
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada yang siapa akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dibinasakan
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Perjalanan hidup
Tuesday, June 3, 2008
Pentas Lakonan Dunia.
Monday, June 2, 2008
Sunday, June 1, 2008
Gerimis
Fajar pun belum menyingsing lagi
Tercarti-cari kemana telah pergi
Dia yang pernha menemani disisi
Kuharap sinar menerang kabus
Agar terang lorong perjalanan ku
Ku sangka cerah siangku hari ini
Mendung pula menutupi
Gerimis ini berlalu pergi
Menghantar sayup pilu dihati
Gerimis ini bagai mengerti
Dikau yang pergi takkan kembali
Menyeka gerimis yang gugur dipipi
Terlimpah kenangan yang pernah terlukis
Dalam gerimis yang bagaikan mengerti
Kupujuk diriku tidak menyesali
Pemergianmu tertulis di azali
Namun hati ini sukar sukar ku fahami