Saturday, May 24, 2008

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Aku bersyukur kerana punyai ibu yang memahami dan mengasihi.. Setiap kata dan nasihatnya begitu membekas dijiwa tatkala jiwa ini resah dan buntu memikir jalan keluar dari masalah. Kemana pun arah dituju, jalan mana pun dipilih, nasihat ibu jualah yang memberikan semangat yang tiada taranya. Terima Kasih Ma, untukmu Hajah Ariyana bt Ahmad. Terima kasih kerana mengandungkan ku selama 9 bulan, menyemai kasih untukku. Maafkan anakmu ini jika tersalah didalam perbuatannya. Ya Allah kau balas jasa ibu dan abah ku dengan setinggi-tinggi syurgaMu. Jangan kau biarkan orng menyakiti mereka. Hari ini aku mendapat nasihat berguna dari ibu tentang cinta, jodoh, pertemuan. Walaupun apa yang diucapkan ibu telah berulang kali aku dengar tapi setiap perkataan dan patah yang keluar dari mulut ibu itu begitu membekas dan meresap ke dalam hati dan jiwa. Kerana perkataan itu beserta kasih sayang yang tiada taranya. Maka hatiku begitu tersentuh. Wahai orng-orng yang gelisah pergi kepada ibumu, disitu letak syurgamu, disitu letaknya ketenanganmu, disitu letak pemula hidupmu didunia... Kerana Syurga Terletak Dibawah Telapak Kaki IBU.

Wednesday, May 21, 2008

Jin Dan Syaitan

Tujuan kejadian Jin.

Tujuan Allah menjadikan Jin adalah untuk beribadah dan taat padaNya, sesuai dengan firmanNya:
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku" (az-zariyat : 56)

Asal kejadian Jin.

Ayat-ayat al-quran dan hadis telah menjelaskan bahawa jin diciptakan daripada api sesuai degan firmanNya:
"Dan Dia telah menciptakan jin itu dari lidah api yang menjulang-julang" (ar-rahman: 15)

Kenapa Dinamakan Jin.

Perkataan jin (dalam bahasa Arab) berasal dari perkataan "janna" bererti terlindung atau tidak nampak. Dinamakan jin kerana ia terlindung dari pandangan manusia.

Jenis-jenis Jin.

Dari Abu Tsa`labah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Jin terbahagi kepada tiga jenis: Jenis pertama ialah mereka mempunyai kepak berterbangan di udara, jenis kedua ialah ular dan anjing, dan jenis ketiga ialah mereka berkampung dan bermusafir" (Riwayat at-tabarani, al-hakim dan al-baihaqi)

Manusia mempunyai Qarin.

Dari Ibnu Mas`ud bahwa RAsulullah SAW bersabda:
"Tiadalah seorng daripada kamu melainkan bersamanya qarin dari kalangan jin dan qarin dari kalangan malaikat. Sahabat bertanya: kamu juga wahai Rasullullah? Sabda baginda: Ya, bagi sy juga, tetapi Allah SWT membantuku daripadanya, maka dia menjadi Islam dan tidaklah menyuruhku melainkan kepada kebaikan sahaja" (Kitab at-Tasi`min fawa`id al-bukhari)

Jin makan dan minum.

ya meraka makan dan minum seperti yang dijelaskan didalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Mas`ud. Makanan mereka adalah asap dan ditambah kepada tulang pada zaman Rasulullah SAW.

Jin boleh menyerupai manusia.

ya, mereka boleh menyerupai manusia seperti di zaman Rasulullah tika datng seorng pemuda kepada abu hurairah r.a yang mencuri tamar lalu diajarkan pemuda itu kepda abu hurairah tentang kelebihan ayatul kursi. Lalu rasul menerangkan bahwa yang berjumpa dengan abu hurairah r.a. itu adalah syaitan.

Jin Akan Mati.

ya, jin juga akan mati sebagaimana manusia. "Sesungguhnya yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati"

Wallahualam.

Antara Dua kasih

Deru ombak pecah berderai

Mengulang pantai datang dan pergi

Begitu kasih insan diibaratkan

Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang

Semuanya indah dipandang mata

Pabila rasa benci terbit dihati

Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi

Dalam senang jua dalam kesempitan

Kasih ilahi tiada bersempadan

Tak memilih siapa tidak berakhir

Kekal selamanya

Diantara dua kasih

Di makamnya yang berbeza

Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara

Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman

Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan

Bisa mengundang keredhaan Tuhan

Jika insan mensyukuri dan memuliakannya

Membentuk Iman

Saudaraku yang dikasihi,
Bila disebut tentang iman ramai yang gembira dan ada juga yang mengeluh. Persoalannya adalah kenapa? Bagi pihak yang mengeluh menyatakan bahawa kami belum bersedia, kami sangat jahat dahulu, kami degil, kami ego. Perhatikan disini, saudaraku, sebesar mana pun kejahatan kita, pengampunan Allah itu lagi luas, dan Allah dah berjanji akan mengampunkan hambaNya melainkan dosa syirik, janji Allah itu pasti berlaku bukan? Dewasa ini murtad adalah satu gejala yang membimbangkan, dan penulis telah mendengar satu khabar berita yang mengejutkan baru-baru ini, seorang hafizah (yakni wanita penghafal quran) telah murtad dari agama Allah, nauzubillahi min zalik. Apa makna semua ini? Sungguh dahsyat apa yang berlaku itu. Itulah tanda nya bila iman telah terkubur dalam hati. Tiada lagi sisa-sisa iman yang mampu menyelamatkan selain Allah. Iman itu datang bila diri kita mengenal Allah, tanya pada diri kita, sudahkah kita mengenal Allah? Kalau mahu menguji diri samada kita mengenal Allah, tanya pada diri kita, adakah kita masih lagi merasa sedih jika ada sesuatu yang hati kita tidak suka berlaku? jika jawapannya Ya, maka anda belum mengenal Allah itu lagi. Hanya orng yang betul2 mengenal Allah akan berasa senag dengan apa sahaja ujian dan kegembiraan yang menimpa. Sengsara itu adalah penuh dengan nikmat sebenarnya. Iman itu bukan mudah, susah untuk diperolehi dan sukar untuk dijaga. Semakin tinggi ilmu dan iman semakin berat dugaan dari Allah, kerana dengan ujianNya sahajalah iman itu dapat ditingkatkan. Tika terasa diri lemah dan jauh dari Allah cepat2lah beristighfar kerana tika dan saat itu kita telah membuka jalan bagi iblis dan syaitan melakukan kerja2 mereka. Ramai orng kecundang kerana merasakan masa adalah milik mereka. Tanyalah pada diri, adakah masa yang telah pergi mampu diulang lagi, kalau mampu diulang lagi buatlah dosa sebanyak mungkin tetapi tanya sekali lagi dimanakah tempat untuk berbuat maksiat tetapi tidak dilihat Allah? Jawapannya anda semua tahu, tiada satu tempat di alam ini yang tidak diperhatikanNya, sedang hati kita itu mampu di perhatikanNya apalagi jasad kita ini. Manusia yang jahil sahaja yang mampu berbuat maksiat kerana kebodohan diri sendiri yang terhina.

Dr. `Aidh Bin Abdullah Al-Qarni(Penulis La Tahzan)

Lahir pada 1379 Hijrah di Al-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari fakulti Usuluddin, Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa`ud pada tahun 1403-1404 hijrah. memperoleh sarjana (MA) dalam bidang Hadith pada 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid`ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah dan Riwayah. memperoleh gelaran doktor falsafah pada 1422 hijrah dengan risalah yang berjudul kajian dan penilitian Kitab Al-Mufhim Syarah Shahih Muslim karya al-Qurthubi. Dia telah merakamkan karya yang benafaskan islam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dari 800 kaset. Hafal Al-Quran dan Kitab Bulughul Maram dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 hadith dan lebih 10000 bait syair.

Monday, May 19, 2008

Keunggulan Mukminah

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH menjalin agung sebuah cinta, menafkahkan hartanya fisabilillah, aku ingin sezuhud FATIMAH akur tanpa jelak setiap perintah, ku mengagumi dan mahukan gedung ilmu SITI AISHAH, aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR menggendong puteranya yang masih merah di tanah padang pasir yang merekah, bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah, biar tersingkap segala hijab dua cinta takkan bersatu dalam satu hati, lantas ku serah cinta ini untuk yang MAHA MENGASIHI pasrahku pada mehnah perjuangan bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI terluka, terseksa, terpenjara terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah demi islam, bukannya menyerah galang-gantinya atau setidaknya aku mengimpikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH, berteman pena menongkah arus kepayahan, ruh jihad ini perlu disemarakkan, dan biarlah aku yang menyemarakkannya redhalah aku...redhalah aku redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan, akan ku teguh menatang serikandi ummah hanya kerana islam merindui kemunculan peribadi mukminah, muslimah, mujahadah yang rela mati dalam keunggulan iman terpanggung gagah bagai harumnya pusara MASYITAH, TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN!

Terima Kasih Ya Allah

Terima Kasih Ya Allah,
Dengan ujianmu ini dapat aku menjadi dekat kepadaMu, dapat aku memahami makna sebenar iman...

Terima Kasih Ya Allah,
Kau berikan ku kesempatan untuk mengingatimu, kau beri aku kekutan untuk menlani takdir ku, yang tiada orng lain mampu melaluinya, menjadikan aku insan terpilih...

Terima Kasih Ya Allah,
Kau kenalkan aku seorng sahabat, sahabat yang mengenalkan aku lebih dekat kepadamu, terima kasih saudaraku Ibnu Harun...

Jangan Bersedih (Peringatan Keras Buat Jiwa Yang Gelisah)

Bangkitlah wahai jiwa yang gelisah, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan sehingga membuatkan kamu bersedih? Kamu kehilangan sesuatu tetapi mengapa kamu lupa bahawa terlalu banyak nikmat Allah lagi yang berada dihadapanmu? Mengapa kamu menjadi tidak bersyukur? Kamu kufur kah? Kamu lupakah yang berlalu itu terus berlalu? Mungkin kah kamu untuk mengulangi apa yang telah berlalu itu? Tidak mungkin bukan?? Biarkan ianya pergi, terima sahaja takdir Allah itu tanpa tapi-tapi lagi... Jangan jadi bodoh seperti kaum Yahudi yang suka meratap! Kamu lupakah bahawa Allah berjanji untuk menggantikan dengan yang lebih baik lagi? Kamu ragu-ragu dengan janjiNya?? Janji Allah itu benar. Cuma kamu harus sabar untuk menunggu saat dan ketikanya. Manakan mungkin kamu memetik buah yang belum masak sehingga sampai waktunya atau memaksa bayi keluar dari kandungan sebelum tiba waktu nya? Pejamkan mata dan celiklah kembali itu bukan penghabisan kehidupan tapi itulah pemula kepada kehidupan yang baru. Allah menyayangimu. Ingatlah Allah menyayangimu. Biarlah apa pun yang terjadi, semua itu tanda Allah memerhatikan mu. Bersyukurlah, tidak ramai manusia yang diperhatikan Allah setelah berbuat maksiat. Sebesar mana pun maksiat yang telah kamu lakukan Pengampunan Allah itu lagi besar dan luas. Jangan lupa besar manapun masalah kita, jangan sesekali lupa kita masih mempunyai Allah yang MAHA BESAR!

Sunday, May 18, 2008