Bayangkan sebuah metafora ini...
Zaman dahulu penduduk marikh terdiri daripada golongan lelaki. Penduduk marikh ini meneropong ke arah Zuhal dan menemui penduduk Zuhal iaitu wanita. Apabila penduduk marikh menyedari kewujudan penduduk Zuhal, mereka telah mencipta pengangkutan untuk ke Zuhal. Akhirnya penduduk Marikh pun tiba di Zuhal. Penduduk Zuhal menerima kehadiran penduduk Marikh dengan hati terbuka. Tiba-tiba satu perasaan telah muncul dalam hati kedua2 penduduk marikh dan zuhal, mereka telah jatuh hati antara satu sama lain. Percintaan antara mereka begitu ajaib. Mereka ingin bersama setiap masa, melakukan sesuatu bersama-sama dan berkoangsi segalanya. Kemudian mereka bersetuju untuk berhijrah ke bumi. Pada awal kehidupan di bumi segalanya indah dan berjalan lancar, tetapi pada suatu hari mereka bangkit dari tidur dan mereka telah lupa dari mana asal mereka, hilang ingatan-AMNESIA. Mereka telah lupa bahawa mereka berasal dari planet yang berasingan dan cara mereka berfikir juga semestinya berbeza. Sejak hari itu berlakulah konflik jantina diantara mereka. Mereka saling menuduh bahawa kedua2 nya tidak memahami..
Begitulah sekadar metafora bagaimana boleh terjadi pertelingkahan didalm perkahwinan dan percintaan antara dua jantina.
Lelaki dan wanita adalah berbeza. Lelaki lebih menilai diri mereka dengan kemampuan, kuasa, efisien dan kejayaan. Mereka sentiasa melakukan perkara untuk membuktikan kejaguhan mereka dan membangunkan kuasa dan keupayaan mereka. Malah pakaian mereka juga menunjukkan kekuasaan. Polis, askar, dan sebagainya. Lelaki suka menyelesaikan masalah mereka tanpa bantuan sesiapa. Mereka jarang bercakap tentang masalah mereka melainkan mereka memerlukan nasihat pakar. "Kenapa aku perlu memerlukan orng lain sedang aku mampu melakukan sediri" itu adalh sifat lelaki. Biasa pabila meraka berada dalam masalah mereka akan duduk senyap di satu sudut dunia.
Wanita pula menghargai cinta, komunikasi, kecantikan, dan perhubungan. Diri mereka ditafsirkan melalui perasaan dan kualiti hubungan mereka. Wanita lebih mementingkan kehidupan dalam harmoni, komuniti, dan kasih syang. Wanita lebih bersifat bercerita. Mereka suka bercerita masalh pada pasangannya, tetapi HANYA sekadar bercerit jadi lelaki seharusnya mendengar bukan memberi jalan penyelesaian. Hanya pabila mereka memohon jalan maka barulah lelaki membrikan jalan. Wanita pula harus memahami lelaki dari sudut pemikiran lelaki yang bersifat "independent". Jadi pabila berlaku sesuatu pada lelaki mereka lebih suka berdiam tanpa bercerita. Oleh sebab itu lelaki harus belajar mendengar luahan rasa wanita dan wanita pula harus memahami sifat "independent" lelaki..
Bukan susah bukan untuk memahami suami atau isteri kita?? Ingatlah wanita dan lelaki itu berbeza dari sifat luaran dan dalaman. Jadi memahami itu penting.. Indah bukan???