Monday, June 16, 2008

Cinta lagi.....

Saya suka menulis topik berkaitan cinta ni, kerana ramai antara kita masih tidak faham erti makna cinta, yang mereka tahu, nak bercinta...

[Allah berfirman dlm surah AnNur : 26] (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnyaSeandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Saudaraku sekelian, cuba memahami maksu ayat ini, orng yang bahagia bercinta jika dicampak ketengah lautan pasti akan menemui jalan kehidupan, tapi orng yang kecewa bercinta jika diletakkan didalam gudang gandum pasti akan mati kelaparan.. Fikir-fikirkanlah saudaraku....

Al-Fatihah buat Allahyarham Yahafizi yang baru meninggal petang tadi (16/6/08)

1 comment:

pemilik blog faqir said...

apa yg diceritakan tntg cinta kdg2 sang pencinta tergelincir dan lupa apa yang dimahukan dlam cinta sebenarnya.sebagai muslim cinta yang paling utama adalah cinta kepada allah kerana ia akan menjanjikan keampunan dan kerdhaan darinya,yang menjadi bekalan di dunia dan akhirat kelak..igt nafsu yang didorong syaitan akan mengakibatkan cinta dinodai dan tergadai sebuah harga diri.....jadi pilihla yg mana satu lebih selamat untuk lebih dicintai dan paling utama untuk dicintai..