Sunday, June 15, 2008

Inilah....


Saya menggunakan pendekatan motivasi yang ringan didalam blog ini kerna kebanyakan orng mudah menerima, kdg2 sy diberi komen mengapa terlalu ringkas. Sy menganggap bahawa sy mulakan blog ini dengan niat untuk membantu org2 yang dalam kecewa dan berputus-asa. Jadi bagi sy bagaimana seseorng yang didalam kekecewaan dan keberputus-asaan mampu untuk membaca bahan motivasi yang berat sedang jiwa mereka sendiri agak "kacau", mana mungkin mereka boleh untuk fokus dalam bacaan yang berat, yang memerlukan fokus lebih. Jadi bagi saya pendekatan ini lebih sesuai dgn keadaan semasa jiwa "pesakit". Dewasa ini penyakit yang paling banyak adalah penyakit yang membabitkan hati yang mambabitkan jiwa. Hanya nasihat yang mampu membentuk semula hati, iaitu nasihat agar mereka sedar bahawa Allah menyayangi mereka. Kadang mereka ini merasakan mereka tidak disayangi oleh sesiapun lantas merasakan diri mereka terpinggir. Disini saya ingin memberitahu bahawa anda bukan keseorngn, anda merasa keseorngan kerana anda "mengurung" diri anda di satu sudut dunia. Ya! Anda yang mengurung diri anda sendiri. Diluar sana lebih ramai orng yang menghargai kehadiran anda. Sesuatu yang telah pergi tidak akan kembali lagi, firman Allah dalam surah al-Hadid :23

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak BERSEDIH HATI akan apa yang telah luput daripada kamu"

Janganlah bersedih kerana hal yang remeh, dan dunia dan segala isinya adalah sememangnya perkara remeh. Berjalan lah keluar, bercampurlah dan bergaul dengn masyarakat. Itulah sebuah hijrah untuk diri kita. Keluarlah dari kepompong kekecewaan, jangan jadi bodoh, kelak kita sendiri yang menyesal. Fikirlah, indahnya bila berfikir itu....

No comments: