Sunday, June 15, 2008

Lafazkanlah..


Pernahkah anda semua merasa sukar melafazkan sesuatu? Bagaikan berat hati ini kadang2 untuk melafazkan sesuatu... Persoalannya mengapa, dan kita juga tidak tahu jawapannya bukan..? Kita menzahirkan perilaku tetapi lafaz tidak terucap, lantas kita mengharapkan orng lain memahami dengan tingkahlaku.. Kita harus ingat bahawa kita dikurniakan lima pancaindera, untuk meyakinkan seseorng haruslah kita meyakinkan kelima2 pancaindera tersebut.. Jangan biarkan waktu menghilangkan lafaz yang tidak terucap.. Luahkanlah rasa, ucapkanlah, sesungguhnya ucapan itu memberi seribu erti pada pendengarnya. Tak mungkin terlihat hati yang merona jika hanya pandangan dan perilaku yang bersuara. Sebelum mata rapat terpejam, usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan.......

No comments: