Monday, May 19, 2008
Keunggulan Mukminah
Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH menjalin agung sebuah cinta, menafkahkan hartanya fisabilillah, aku ingin sezuhud FATIMAH akur tanpa jelak setiap perintah, ku mengagumi dan mahukan gedung ilmu SITI AISHAH, aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR menggendong puteranya yang masih merah di tanah padang pasir yang merekah, bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah, biar tersingkap segala hijab dua cinta takkan bersatu dalam satu hati, lantas ku serah cinta ini untuk yang MAHA MENGASIHI pasrahku pada mehnah perjuangan bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI terluka, terseksa, terpenjara terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah demi islam, bukannya menyerah galang-gantinya atau setidaknya aku mengimpikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH, berteman pena menongkah arus kepayahan, ruh jihad ini perlu disemarakkan, dan biarlah aku yang menyemarakkannya redhalah aku...redhalah aku redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan, akan ku teguh menatang serikandi ummah hanya kerana islam merindui kemunculan peribadi mukminah, muslimah, mujahadah yang rela mati dalam keunggulan iman terpanggung gagah bagai harumnya pusara MASYITAH, TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment