Tujuan kejadian Jin.
Tujuan Allah menjadikan Jin adalah untuk beribadah dan taat padaNya, sesuai dengan firmanNya:
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku" (az-zariyat : 56)
Asal kejadian Jin.
Ayat-ayat al-quran dan hadis telah menjelaskan bahawa jin diciptakan daripada api sesuai degan firmanNya:
"Dan Dia telah menciptakan jin itu dari lidah api yang menjulang-julang" (ar-rahman: 15)
Kenapa Dinamakan Jin.
Perkataan jin (dalam bahasa Arab) berasal dari perkataan "janna" bererti terlindung atau tidak nampak. Dinamakan jin kerana ia terlindung dari pandangan manusia.
Jenis-jenis Jin.
Dari Abu Tsa`labah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Jin terbahagi kepada tiga jenis: Jenis pertama ialah mereka mempunyai kepak berterbangan di udara, jenis kedua ialah ular dan anjing, dan jenis ketiga ialah mereka berkampung dan bermusafir" (Riwayat at-tabarani, al-hakim dan al-baihaqi)
Manusia mempunyai Qarin.
Dari Ibnu Mas`ud bahwa RAsulullah SAW bersabda:
"Tiadalah seorng daripada kamu melainkan bersamanya qarin dari kalangan jin dan qarin dari kalangan malaikat. Sahabat bertanya: kamu juga wahai Rasullullah? Sabda baginda: Ya, bagi sy juga, tetapi Allah SWT membantuku daripadanya, maka dia menjadi Islam dan tidaklah menyuruhku melainkan kepada kebaikan sahaja" (Kitab at-Tasi`min fawa`id al-bukhari)
Jin makan dan minum.
ya meraka makan dan minum seperti yang dijelaskan didalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Mas`ud. Makanan mereka adalah asap dan ditambah kepada tulang pada zaman Rasulullah SAW.
Jin boleh menyerupai manusia.
ya, mereka boleh menyerupai manusia seperti di zaman Rasulullah tika datng seorng pemuda kepada abu hurairah r.a yang mencuri tamar lalu diajarkan pemuda itu kepda abu hurairah tentang kelebihan ayatul kursi. Lalu rasul menerangkan bahwa yang berjumpa dengan abu hurairah r.a. itu adalah syaitan.
Jin Akan Mati.
ya, jin juga akan mati sebagaimana manusia. "Sesungguhnya yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati"
Wallahualam.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment