Wednesday, May 21, 2008

Membentuk Iman

Saudaraku yang dikasihi,
Bila disebut tentang iman ramai yang gembira dan ada juga yang mengeluh. Persoalannya adalah kenapa? Bagi pihak yang mengeluh menyatakan bahawa kami belum bersedia, kami sangat jahat dahulu, kami degil, kami ego. Perhatikan disini, saudaraku, sebesar mana pun kejahatan kita, pengampunan Allah itu lagi luas, dan Allah dah berjanji akan mengampunkan hambaNya melainkan dosa syirik, janji Allah itu pasti berlaku bukan? Dewasa ini murtad adalah satu gejala yang membimbangkan, dan penulis telah mendengar satu khabar berita yang mengejutkan baru-baru ini, seorang hafizah (yakni wanita penghafal quran) telah murtad dari agama Allah, nauzubillahi min zalik. Apa makna semua ini? Sungguh dahsyat apa yang berlaku itu. Itulah tanda nya bila iman telah terkubur dalam hati. Tiada lagi sisa-sisa iman yang mampu menyelamatkan selain Allah. Iman itu datang bila diri kita mengenal Allah, tanya pada diri kita, sudahkah kita mengenal Allah? Kalau mahu menguji diri samada kita mengenal Allah, tanya pada diri kita, adakah kita masih lagi merasa sedih jika ada sesuatu yang hati kita tidak suka berlaku? jika jawapannya Ya, maka anda belum mengenal Allah itu lagi. Hanya orng yang betul2 mengenal Allah akan berasa senag dengan apa sahaja ujian dan kegembiraan yang menimpa. Sengsara itu adalah penuh dengan nikmat sebenarnya. Iman itu bukan mudah, susah untuk diperolehi dan sukar untuk dijaga. Semakin tinggi ilmu dan iman semakin berat dugaan dari Allah, kerana dengan ujianNya sahajalah iman itu dapat ditingkatkan. Tika terasa diri lemah dan jauh dari Allah cepat2lah beristighfar kerana tika dan saat itu kita telah membuka jalan bagi iblis dan syaitan melakukan kerja2 mereka. Ramai orng kecundang kerana merasakan masa adalah milik mereka. Tanyalah pada diri, adakah masa yang telah pergi mampu diulang lagi, kalau mampu diulang lagi buatlah dosa sebanyak mungkin tetapi tanya sekali lagi dimanakah tempat untuk berbuat maksiat tetapi tidak dilihat Allah? Jawapannya anda semua tahu, tiada satu tempat di alam ini yang tidak diperhatikanNya, sedang hati kita itu mampu di perhatikanNya apalagi jasad kita ini. Manusia yang jahil sahaja yang mampu berbuat maksiat kerana kebodohan diri sendiri yang terhina.

No comments: