Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Wednesday, June 4, 2008

Doa Ku padamu Ayah Ibu..

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Friday, May 30, 2008

Malaikatmu wahai anak...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan: "Para malaikat disini mengatakan bahawabesok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara sayahidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab:"Aku telah memilih satu malaikat ntukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi bertanya lagi:"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalahbernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akanmerasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengertibahasa mereka?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan
penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungisaya?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pastiakan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agarkamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan:
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa kasihsayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dancintailah dia sepanjangmasa...... Dialah sesatunya harta yang tiada galanggantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu,ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengankarenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawahtelapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :-
"Wajahmu denganlinangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dandosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Saturday, May 24, 2008

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Aku bersyukur kerana punyai ibu yang memahami dan mengasihi.. Setiap kata dan nasihatnya begitu membekas dijiwa tatkala jiwa ini resah dan buntu memikir jalan keluar dari masalah. Kemana pun arah dituju, jalan mana pun dipilih, nasihat ibu jualah yang memberikan semangat yang tiada taranya. Terima Kasih Ma, untukmu Hajah Ariyana bt Ahmad. Terima kasih kerana mengandungkan ku selama 9 bulan, menyemai kasih untukku. Maafkan anakmu ini jika tersalah didalam perbuatannya. Ya Allah kau balas jasa ibu dan abah ku dengan setinggi-tinggi syurgaMu. Jangan kau biarkan orng menyakiti mereka. Hari ini aku mendapat nasihat berguna dari ibu tentang cinta, jodoh, pertemuan. Walaupun apa yang diucapkan ibu telah berulang kali aku dengar tapi setiap perkataan dan patah yang keluar dari mulut ibu itu begitu membekas dan meresap ke dalam hati dan jiwa. Kerana perkataan itu beserta kasih sayang yang tiada taranya. Maka hatiku begitu tersentuh. Wahai orng-orng yang gelisah pergi kepada ibumu, disitu letak syurgamu, disitu letaknya ketenanganmu, disitu letak pemula hidupmu didunia... Kerana Syurga Terletak Dibawah Telapak Kaki IBU.