Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Wednesday, June 4, 2008
Mencarimu kasih.
Bagaikan permata dicelahan kaca, itulah diibaratkan tika kita mencari siapa jodoh kita, kerdipannya amat sukar untuk dibezakan, kita tidak pasti siapa yang terbaik buat diri kita bukan, tetapi kepada Tuhan jualah kita sandarkan harapan agar kita tidak tersalah pilihan. Pilihan yang dibuat biarlah yang mendamaikan hati, sejernih harapan doa dan harapan kita kepada Allah agar pertemuan itu didalam restu dan redha Ilahi. Didunia ini biarlah pasangan kita itu sebagai penyeri hidup dan kelak disyurga sana dialah bidadari. Kasihnya bukanlah satu keterpaksaan dan bukan juga kerana keduniaan semata2,jika begitu hendaknya maka akan mekar lah kuntuman bunga2 keluarga dihiasi kasih sayang. Dialah penyejuk dimata penawar dihati, dialah racun dialah juga penawarnya, ingatlah, tika kita menyunting mawar kita sunting bersama durinya, yang kadang tercucuk durinya, dan terkadang tercium wanginya... Indah bukan..?
Labels:
cinta.,
mencari mu kasih,
terima kasih
Saturday, May 24, 2008
Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
Aku bersyukur kerana punyai ibu yang memahami dan mengasihi.. Setiap kata dan nasihatnya begitu membekas dijiwa tatkala jiwa ini resah dan buntu memikir jalan keluar dari masalah. Kemana pun arah dituju, jalan mana pun dipilih, nasihat ibu jualah yang memberikan semangat yang tiada taranya. Terima Kasih Ma, untukmu Hajah Ariyana bt Ahmad. Terima kasih kerana mengandungkan ku selama 9 bulan, menyemai kasih untukku. Maafkan anakmu ini jika tersalah didalam perbuatannya. Ya Allah kau balas jasa ibu dan abah ku dengan setinggi-tinggi syurgaMu. Jangan kau biarkan orng menyakiti mereka. Hari ini aku mendapat nasihat berguna dari ibu tentang cinta, jodoh, pertemuan. Walaupun apa yang diucapkan ibu telah berulang kali aku dengar tapi setiap perkataan dan patah yang keluar dari mulut ibu itu begitu membekas dan meresap ke dalam hati dan jiwa. Kerana perkataan itu beserta kasih sayang yang tiada taranya. Maka hatiku begitu tersentuh. Wahai orng-orng yang gelisah pergi kepada ibumu, disitu letak syurgamu, disitu letaknya ketenanganmu, disitu letak pemula hidupmu didunia... Kerana Syurga Terletak Dibawah Telapak Kaki IBU.
Subscribe to:
Posts (Atom)