Sesungguhnya dalam derita ada bahagia, dan dalam gembira mungkin terselit duka. Tak siapa tahu, tak siapa pun pinta ujian bertamu, bibir kita mudah untuk berkata sabar tetapi hakikatnya hati kitalah yang remuk menderita, segala takdir haruslah diterima dengan tangan terbuka, walaupun tersiksa harus ada hikmahNya. Bersyukurlah tika kita diuji tahap keimanan sedangkan ramai lagi dibiarkan tanpa pedoman. Allah rindu mendengarkan rintihan darimu. Itu jelas nak membuktikan bahwa Allah mengasihimu setiap masa, sedang ramai dibiar dilalaikan. Walau tersiksa bersabarlah. Ingatlah pesanan ini wahai bani insan...
Hampir aku hanyut kerana rindu pada harta yang pasti reput dan lenyap disini
Sekelip maka hilang semuanya yang hanya ku pandang, yang hanya milikMu....
Sungguh aku cari cahaya itu untuk menyuluh kelam ini setelah ku dipaling..
Aku mencari secebis keampunan setelah aku malu..
Yang hanya ku pinta harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai
Setelah manusia kau ciptakan
Akhirnya terhina kerana diri sendiri
No comments:
Post a Comment