Friday, June 6, 2008

Kanvas lukisan cintaku untukmu Ilahi..

Di daerah kegelapan ini aku berdiri mencari rahmat, berdoa di malam rahmat. Ingin ku melukis cinta Allah di kanvas cinta kehidupanku. Sesungguhnya cinta insan yang ku hadapi dulu hanya sekejap, belum sampai ke penghujung indah mekarnya hilang di telan masa. Sedangkan cinta Allah itu penuh dengan rahmat, bahagia dalam sejahtera. Pasrah ku bersujud padaNya, kerana cintaNya aku diberikan ujian untuk mengajar aku erti kehidupan. Setelah semakin lama aku melangkah didunia, semakin aku memahami tiap erti dan makna liku hidup. Moga terlakar cintaku dipintu syurga...

No comments: