Showing posts with label fikir. Show all posts
Showing posts with label fikir. Show all posts
Friday, May 30, 2008
Apa yang kufikirkan...?
Malam semakin larut, bani insan tenggelam dalam mimpi masing2, aku masih disini, berfikir tiada henti, mengapa dunia ini makin kejam, mungkinkah ini balasan dunia pada manusia yang selalu berlaku zalim padanya. Jiwa selalu resah, mengapakah kita perlu resah dan gelisah? Mungkinkah kita telah kehilangan Allah didalam hati. Ya, itu jawapannya, kita telah kehilangan Allah dalam hati, lantas jiwa menjadi gelisah dan tidak tenteram. Lalu dunia ini kita rasakan terlalu kejam, dunia ini selalu tidak menyebelahi kita. Jangan terlalu diikutkan rasa itu, memang dunia ini penjara bagi org mukmin yg sejati. Usah ditanya mengapa, kerana perkara itu lah membuatkan kita berbeza dari makhlukNya yang lain.Benih semangat telah banyak disemai,air nasihat telah banyak dicurah, baja keikhlasan telah banyak ditabur tetapi mengapa pohon keimanan masih juga tidak subur? Muhasabah diri, kerana iman itu pasti tidak bercampur dengan perkara buruk. Perjalanan menuju kejayaan masih jauh, angkat kepalamu, dongaklah, lihat disana, kejayaan menantimu.. Kejayaan itu melambai-lambai menyatakan hasrat mahu memelukmu andai kau berjaya menempuh badai dan gelora perjalanan menuju kesitu. Telah banyak manusia yang gugur didalam perjalanan sukar itu. Tetapi lebih ramai yang telah berjaya sampai ke hujung penantian. Wahai jiwa yang gelisah, kembalilah ke hadrat Tuhanmu Allah, kerana HANYA dengan mengingati Allah jiwa itu akan menjadi tenang... Biarkan orng menyakitimu, biarkan orng menghinamu, biarkan orng melakukan segala2nya padamu, tapi jangan sesekali engkau balas dengan kejahatan, tetapi balaslah dengan senyuman, kerana senyuman itu tanda ketabahan, kerana senyuman itu tanda kesyukuran.. Yang pasti Allah tidak pernah menghina mu, Allah tidak pernah mengabaikanmu, Allah tidak pernah menyakitimu.. Allah menyayangimu, Allah membantumu... Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat didalam hatimu.......... Jiwa yang gelisah.
Labels:
Allah,
fikir,
fikiran,
jiwa gelisah
Tuesday, May 27, 2008
Fikirkan sejenak bersama-sama..
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. . Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan. .....
Labels:
erti cinta,
erti perkahwinan,
fikir
Subscribe to:
Posts (Atom)