Wednesday, June 4, 2008

Mencarimu kasih.

Bagaikan permata dicelahan kaca, itulah diibaratkan tika kita mencari siapa jodoh kita, kerdipannya amat sukar untuk dibezakan, kita tidak pasti siapa yang terbaik buat diri kita bukan, tetapi kepada Tuhan jualah kita sandarkan harapan agar kita tidak tersalah pilihan. Pilihan yang dibuat biarlah yang mendamaikan hati, sejernih harapan doa dan harapan kita kepada Allah agar pertemuan itu didalam restu dan redha Ilahi. Didunia ini biarlah pasangan kita itu sebagai penyeri hidup dan kelak disyurga sana dialah bidadari. Kasihnya bukanlah satu keterpaksaan dan bukan juga kerana keduniaan semata2,jika begitu hendaknya maka akan mekar lah kuntuman bunga2 keluarga dihiasi kasih sayang. Dialah penyejuk dimata penawar dihati, dialah racun dialah juga penawarnya, ingatlah, tika kita menyunting mawar kita sunting bersama durinya, yang kadang tercucuk durinya, dan terkadang tercium wanginya... Indah bukan..?

Canvas of life..

Life Begins,
a blank canvas.

And there you are,
the painter of your own world.

Individual brushstrokes
add texture to life,

a wonderful spectrum of colours
reflect the choices we make,

the choices that tell our story.

And behold - a Masterpiece
as unique as you are.

Life is Beautiful...

Thanks for being part of it...

Doa Ku padamu Ayah Ibu..

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Words of Wisdom

THE POWER OF DREAMS

"A wise man learns by the mistakes of others,
a fool by his own."


"A loving heart is the truest wisdom."

"One who understands much displays a greater simplicity of character than one who understands little."

"On every thorn, delightful wisdom grows,
In every rill a sweet instruction flows."

"The man of wisdom is never of two minds;
the man of benevolence never worries;
the man of courage is never afraid."

"Life is either a daring adventure or nothing."

"Fall seven times, stand up eight." Japanese proverb


Ubat untuk perpisahan..

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerna hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia, atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan diatas limpah kurnia kasihnya juga kau dan dia berpisahkan bersama hikmahNya yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir akan kebesaranNya itu?

Puteriku Sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki didalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai putriku sayang
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada yang siapa akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dibinasakan
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Perjalanan hidup

Perjalanan dalam kehidupan itu bukan sesuatu yang mudah dan bukan mudah juga untuk bernafas dalam jiwa hamba. Kemana arah tuju jika kita tidak mengenal siapa diri kita, pasti akan lalai dan leka bukan? Himpunlah doa dipohon harapan, bermuaralah doa kepada Allah, supaya ikhtiar usaha bersama nur dari Allah, agar terang jalan kebahgiaan. kadang kita terfikir, sepi benar hidup ini, mengapa tiada tenang diahati, mengapa perlu ada gelisah dijiwa? Wahai insan semua itu adalah hiasan kehidupan agar kehidupan ini lebih bererti. Biarlah kita dicampak kedalam suatu daerah yang penuh dengan kekafiran serta kekufuran, tetapi hati kita tetap pada yang Esa. Disitu letak iman yang begitu teguh. "Harapanku moga dikurniakan manisnya iman berpanjangan moga lautan hilang gelora teguh belayar"

Tuesday, June 3, 2008

Pentas Lakonan Dunia.

Dunia ini begitu fana, seperti didalam mimpi. Didalam mimpi kita mampu merasa juga didunia kita juga mampu merasa, jadi mimpi dan dunia ini seakan2 sama yakni kefanaan kedua2nya. Dunia ini adalah tempat dimana ujian bertandang tidak kira sama ada besar atau kecil, yang pasti dunia ini memang fana, tempat permainan jasad, sedang mati itu penyudahnya bagi jasad, bagi roh meneruskan perjalanan menuju ke alam seterusnya. Perhatikan disini, berapa ramaikah manusia yang sedar akan perkara ini? Tika takdir yang berat menimpa terima sahajalah, tika orng berbuat buruk terhadap kita bersabarlah, kerana kita cuma pelaku kepada takdir yang tertulis di lauh mahfuz. Kita cuma pelakon yang melakonkan watak masing2 sebagai khalifah Allh SWT dimuka bumi ini. Tika buntu kembali kepada Allah, tika kecewa carilah Allah, tika marah mohonlah ampun dari Allah, tika benci menyelubungi diri, ingatlah Allah itu tidak membenci, tidak pernah Allah membenci hamba yang disayangiNya. Begitu luas bukti tentang kebesaran dan kekuasaan Allah mengapa harus kita butakan mata untuk melihat semua itu, tika diri hilang segalanya, bermakna apa yang kita perolh itu bukan terbaik untuk kita. Akan diberi ganti nnt. Bila Allah cepat memakbulkan doamu, Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Berfikirlah wahai bani insan....

Monday, June 2, 2008

Life..

Llife isn`t about waiting for the STORM to pass...
It`s about learning in the RAIN...

Sunday, June 1, 2008

Gerimis

Tika terkuak jendela hari,
Fajar pun belum menyingsing lagi
Tercarti-cari kemana telah pergi
Dia yang pernha menemani disisi
Kuharap sinar menerang kabus
Agar terang lorong perjalanan ku
Ku sangka cerah siangku hari ini
Mendung pula menutupi
Gerimis ini berlalu pergi
Menghantar sayup pilu dihati
Gerimis ini bagai mengerti
Dikau yang pergi takkan kembali
Menyeka gerimis yang gugur dipipi
Terlimpah kenangan yang pernah terlukis
Dalam gerimis yang bagaikan mengerti
Kupujuk diriku tidak menyesali
Pemergianmu tertulis di azali
Namun hati ini sukar sukar ku fahami
Kehilangan mu tak berganti