Saturday, June 14, 2008
Kenangan, Ingatan, Memori, Dan Pengalaman.
Penulis teringat KENANGAN yang merupakan sebuah INGATAN kepada MEMORI semalam yang juga suatu PENGALAMAN. Indah juga suram, keduanya bermain difikiran, menjalar disetiap pembuluh darah. Terasa saraf ditubuhku menjadi kejang kerana terasa tempias memori semalam yang begitu mencengkam kalbu. Memori itu kadang indah tetapi selalu kenangan pahit menyerang, memadamkan keindahan begitu sahaja. Bagaikan badai yang melanda, yang merubah hati. Terlalu ramai insan yang pernah menyakiti hati ini, tetapi kemaafan juga yang penulis berikan kerana itu adalah yang terbaik buat mereka. Mereka cuma tidak memahami kehendak insan seperti penulis, kerana tiap manusia itu berbeda. Kerana mereka melihat dari sudut pandangan diri mereka sendiri, lantas mereka tidak dapat melihat keindahan sialturahim itu. Bila kepentingan diri mengatasi segala maka hilanglah segala nikmat ukhuwwah yang selama ini indah. Penulis mengharap agar insan yang pernah hadir dahulu, mengerti dan memahami... Kerana kata-kata itu indah tetapi yang merasakannya indah adalah kerana hati kita sendiri.. Fikir-fikirkanlah..
Labels:
ingtan,
kenangan,
memori,
pengalaman
Friday, June 13, 2008
Dunia yang indah..
Telah kulalui jalan berduri, sejuta harapan terus ku pertahankan, bukan mudah menggapai bintang dilangit bersemi dugaan mendatang, disebalik kepayahan disitulah kekuatan, tekad hati azimat di perjalanan mengejar impian. Mampirlah laluan seakan sutera bagai tak terdaya untuk terus bertahan , namun kasihMu menyedarkan aku tak pernah sendirian. Tinggi langit mimpi in, tak kuragu untuk buktikan, indah bintang yang terang bukan khayalan, tetapi kenyataan. Akan kau saksikan kesulitan ini pasti berkahi kebahagiaan. Telah pun kau dengar kisahku ini, pernah kau cuba untuk mengerti? Engkaulah yang mempunyai cinta yang membawaku ke puncak nasuha..
Hati Aku.. (Dari Ina Oktober)
Nah, ambil benda ni.
**Apa ni?
Hati aku...
**Hati kau?
Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku?
**Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.
**Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa?
**Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja.
Maksud kau.
**Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut,ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya.
**Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
**Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah
memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa
yang lama.
Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan
menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah....

Thursday, June 12, 2008
Doaku...
Saat hatiku meratap waktu ku datang mengharap, dosakah aku berharap masih kah ada cinta.. Ku mohon kehadratMu dalam doaku, berilah aku jalanMu, untuk penuhi jalan cintaku, satukanlah cinta yang terbelah, jauhkanlah dari kehilangan, aku selalu berharap, agar pada suatu saat ku dapat bersama lagi.. Satukanlah aku...
Setiap Kali..
Setiap kali mendapat nikmat jarang ku sedari itu pemberianMu, kekadang rasa itu adalah kerana segala usaha dan penat lelah ku sahaja.. Setiap kali ditimpa musibah ku mengeluh risau bertambah gelisah, ku lupa pada Mu Allah tempat kembali segala masalah. Oh Tuhan yang Maha penyayang. Leraikanlah aku dari keluh resah yang membelenggu jiwa dan fikiran, ditambah dgn hasutan syaitan. Kurniakanlah kepadaku ketabahan, moga sinarMu berikan ku pedoman, hanya padaMu segala ketetapan.. Mengapa kita perlu hilang ketenangan sedangkan musibah itu adalah pelepasan dari dosa2.. Seandai diri ini mampu menilai cinta dan keredhaan sesungguhnya akulah insan terpilih untuk hidupku. Bagi orng yang memahami musibah itu adalah hiburan, yang pasti musibah itu kerana Allah menyayangi. Kita merasa gelisah tika musibah melanda kerana hasutan syaitan yang selalu menyesatkan manusia dan menyebabkan kita hilang semangat yang akhirnya kita tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna.. Jadi berterima kasihlah kepada Allah SWT kerana ditimpa musibah, berbaik sangka lah dengan sang Pencipta.. Kembalilah berpijak dibumi yang nyata..
Belahan Jiwa
Belahan jiwa, engkau mentari, pelita hati ini, tersenyumlah bahagiakan dengan tulus dan cintamu. Belahan jiwa, ingatkan aku jika terlupa didalam menuju Tuhan, tersenyumlah bahagiakan ku dengan benih kasihmu, engkau ku rindu. Teguhlah memandu aku, ku doakan engkau selalu dikala malam menjelang, menjadilah seteguh karang, sesejuk pagi, seindah rembulan, sejernih hati, sebening embuh, sepeka nurani, seperkasa mentari pagi...
Tuhan teduhilah, belahan jiwaku, berikan cahayaMu agar kami teguh dijalanMu......
Tuhan teduhilah, belahan jiwaku, berikan cahayaMu agar kami teguh dijalanMu......
Labels:
belahan,
belahan jiwa,
jiwa gelisah
Wednesday, June 11, 2008
Cerita Hati Ku..
Semalam yang telah pergi menghilang tanpa jejak membawa bersama cereka duka dan ketawa. Dan kini ku mencari kalau masih ada kesan yang terus tersisa didada. Jalanan yang panjang bersimpang haluan bagai pentas luahan rasa tiada bersempadan. Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita. Dengarlah mentari suara hatiku berbicara, berterbangan jiwa merentasi pelangi. Mungkinkah ada esok untukku ukir kalimah menjadi arca pembuktian cinta.
Terasa sesuatu persoalan memanggil, dibenak yang paling mendalam sehingga menjadi ralit. Semakin jiwaku dilanda gelora sang penanti, semakin sukar difahami bencana gelisah ku ini.. Hanya kekosongan jua kehilangan kurasa menghuni hati. Dimanakan kutemui penghujungnya resah ini seumpama ku menanti jawapan rindu. Dimanakah kan ku temui sinaran yang hakiki untuk menjadi penyuluh jalan didepan ku hingga akhir waktu..
Andainya kau temui cahaya yang kucari, sudikah dikongsi bersama sebagai teman mahupun sebagai kekasih..
Merenung bayangan jauh, menatap pengertian, menyelam dasar persoalan, menyelongkar kemuncak maksud..

Peristiwa Arafah
iPadang Arafah telah menjadi saksi kepada pertemuan pertama Adam dan Hawa, setelah terpisah selama 40 tahun angkara iblis. Adam diciptakan dari tanah, Hawa pula dari tulang rusuknya, ditiupkan roh supaya sempurna. Itulah asal kejadian insan. Adam dan Hawa, insan bertakwa hidup bersama didalam syurga segala rahmat, Allah memberi. Segala nikmat Allah disyukuri, Iblis merasa iri hati menggoda Hawa setiap hari, termakan Hawa Khuldi larangan. Allah melihat dengan kemurkaan. Akhirnya terpisah, hukuman Allah tak dapat disangka, tercampak ke dunia nyata, menangis keduanya menyesali perbuatan. 40 hari lamanya mereka mencari, mengharap, menanti, agar berjumpa. Keseorngan Hawa tiada pembela, Adam merintih hatinya sepi, pintu taubat masih terbuka doa mereka dikabulkanNya, bertemu akhirnya Adam dan Hawa, di padang Arafah detik bermula....
Monday, June 9, 2008
Cinta Zulaikha
Kecamuk cinta telah lama melanda, mengundang mimpi kedalam hati, detik pertemuan langit dan bumi, Zulaikha pasrah mencari erti. Tak siapa bisa mereda cinta Zulaikha, cintanya membuak didada, menyintai Nabi Yusuf A.S. berwajah tampan. Kisah cintanya menggemparkan sehingga tersebut didalam al-quran, cintanya juga mengundang ujian, yang menagih pengorbanan, cintakan Tuhan atau insan pilihan. Dengan rahmatNya dan kurniaNya yang merubah arah cinta Zulaikha, begitulah hebatnya Nabi Yusuf A.S. tetapi lebih hebat yang Maha Pencipta. Terbukti sudah cinta Zulaikha kepada Tuhan yang Maha Esa, yang membawa ke hujung usia.
Friday, June 6, 2008
Kita Adalah Pemula Kegemilangan Tamadun..
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Subscribe to:
Posts (Atom)