Thursday, June 12, 2008

Setiap Kali..

Setiap kali mendapat nikmat jarang ku sedari itu pemberianMu, kekadang rasa itu adalah kerana segala usaha dan penat lelah ku sahaja.. Setiap kali ditimpa musibah ku mengeluh risau bertambah gelisah, ku lupa pada Mu Allah tempat kembali segala masalah. Oh Tuhan yang Maha penyayang. Leraikanlah aku dari keluh resah yang membelenggu jiwa dan fikiran, ditambah dgn hasutan syaitan. Kurniakanlah kepadaku ketabahan, moga sinarMu berikan ku pedoman, hanya padaMu segala ketetapan.. Mengapa kita perlu hilang ketenangan sedangkan musibah itu adalah pelepasan dari dosa2.. Seandai diri ini mampu menilai cinta dan keredhaan sesungguhnya akulah insan terpilih untuk hidupku. Bagi orng yang memahami musibah itu adalah hiburan, yang pasti musibah itu kerana Allah menyayangi. Kita merasa gelisah tika musibah melanda kerana hasutan syaitan yang selalu menyesatkan manusia dan menyebabkan kita hilang semangat yang akhirnya kita tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna.. Jadi berterima kasihlah kepada Allah SWT kerana ditimpa musibah, berbaik sangka lah dengan sang Pencipta.. Kembalilah berpijak dibumi yang nyata..

No comments: