Saturday, June 14, 2008
Pelik..
Semakin hari, semakin jauh aku meninggalkan detik aku dilahirkan dan menghampiri kepada detik kematian. Sepanjang pelayaran di lautan kehidupan, aku menempuh onak dan dugaan, pengalaman mengajar aku erti hidup. Aku melihat pelbagai ragam manusia, ya, pelbagai ragam, yang membuatkan aku merasa pelik. Yang akhirnya aku sendiri merasa pelik dengan diri sendiri.. Mengapa perlu kita merasa terasing, sedang kita bermula dari asal yang sama( Adam A.S.) dan bahan yang sama(Tanah). Mengapa sifat pentingkan diri sendiri begitu jelas didalam diri masing2. Kita berkata tentang mengapa islam mundur, tetapi kita lupa bahwa perbuatan itu segalanya bukan percakapan. Berkata hanya pada manusia yang tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Pelik....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment