Saturday, June 14, 2008
Kenangan, Ingatan, Memori, Dan Pengalaman.
Penulis teringat KENANGAN yang merupakan sebuah INGATAN kepada MEMORI semalam yang juga suatu PENGALAMAN. Indah juga suram, keduanya bermain difikiran, menjalar disetiap pembuluh darah. Terasa saraf ditubuhku menjadi kejang kerana terasa tempias memori semalam yang begitu mencengkam kalbu. Memori itu kadang indah tetapi selalu kenangan pahit menyerang, memadamkan keindahan begitu sahaja. Bagaikan badai yang melanda, yang merubah hati. Terlalu ramai insan yang pernah menyakiti hati ini, tetapi kemaafan juga yang penulis berikan kerana itu adalah yang terbaik buat mereka. Mereka cuma tidak memahami kehendak insan seperti penulis, kerana tiap manusia itu berbeda. Kerana mereka melihat dari sudut pandangan diri mereka sendiri, lantas mereka tidak dapat melihat keindahan sialturahim itu. Bila kepentingan diri mengatasi segala maka hilanglah segala nikmat ukhuwwah yang selama ini indah. Penulis mengharap agar insan yang pernah hadir dahulu, mengerti dan memahami... Kerana kata-kata itu indah tetapi yang merasakannya indah adalah kerana hati kita sendiri.. Fikir-fikirkanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment