Sunday, June 15, 2008

Susahnya nak lupa cinta ye??


Kalau anda mahu melupakan cinta jangan dengan membenci dia, atau kamu berusaha sekuat tenaga untuk tidak ingat nama dia. Yang ada malah kamu bakal semakin teringat nama dia..

Langkah pertama:
1. Kamu harus sedar dan menerima secara ikhlas bahawa kalian sudah tidak bersama lagi.
2. Yakinkan diri kamu kalau kamu akan mendapatkan pengganti yang lebih dan lebih baik dari dia.
3. Jangan menutupi/tidak mempedulikan kehadiran orang lain
4. Banyak berdoa

Dan yang palin penting adalah LEPASKAN DIA PERGI.. Kerana itulah yang terbaik buat diri kamu!

Bagaimana cara melupakan..


Sy telah berjumpa dengan ramai orang yang tidak dapat melupakan cinta mereka pada seseorng, sedangkan mereka hanya sekadar didalam angan dan harapan palsu.. Sedangkan mereka langsung tidak sedari.. Mereka merasakn diri mereka setia dan jujur dengan berada didalam keadaan demikian rupa, hakikatnya mereka menzalimi diri mereka, atau dengan kasarnya mereka memperbodohkan hati dan perasaan sendiri pada orng yang tidak memberikan apa2 pada mereka, hanya terpedaya dengan syaitan yang menyesatkan.. Setelah berjaya, syaitan itu ketawa dan berparti, kerana melihat kebodohan insan bernama manusia yang tidak dapat membezakan realiti dan khayalan..Berapa lama lagi anda akan membuang waktu untuk khayalan itu. Waktumu sangat berharga, kerana tidak akan kembali lagi. Jadi, berusahalah lebih KERAS untuk berhenti memikirkan dia, apa lagi BERHUBUNGAN dengan nya. Buka mata kamu, dan lihat lah sekelilingmu, masih banyak insan yang baik, dan lebih bagus buat kamu. Jadi, berusahalah lebih KERAS DAN BERDISIPLIN. Semoga anda mengerti….Cara melupakan seseorang yang kita cintai juga dengan tidak menyimpan foto dia, lebih mendekatkan diri pada ALLAH, sering bersama-sama teman yang bisa membuatkan kita ceria dan bersemangat, misalnya teman yang lebih banyak wawasannya dari kita, yang lebih berjaya dari kita sehingga dia memberi ilmu untuk kita agar sukses sehingga kita sedikit demi sedikit melupakan orang yang kita cintai itu..Indah bukan???

Lafazkanlah..


Pernahkah anda semua merasa sukar melafazkan sesuatu? Bagaikan berat hati ini kadang2 untuk melafazkan sesuatu... Persoalannya mengapa, dan kita juga tidak tahu jawapannya bukan..? Kita menzahirkan perilaku tetapi lafaz tidak terucap, lantas kita mengharapkan orng lain memahami dengan tingkahlaku.. Kita harus ingat bahawa kita dikurniakan lima pancaindera, untuk meyakinkan seseorng haruslah kita meyakinkan kelima2 pancaindera tersebut.. Jangan biarkan waktu menghilangkan lafaz yang tidak terucap.. Luahkanlah rasa, ucapkanlah, sesungguhnya ucapan itu memberi seribu erti pada pendengarnya. Tak mungkin terlihat hati yang merona jika hanya pandangan dan perilaku yang bersuara. Sebelum mata rapat terpejam, usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan.......

Saturday, June 14, 2008

Inilah kejamnya dunia...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Pelik..

Semakin hari, semakin jauh aku meninggalkan detik aku dilahirkan dan menghampiri kepada detik kematian. Sepanjang pelayaran di lautan kehidupan, aku menempuh onak dan dugaan, pengalaman mengajar aku erti hidup. Aku melihat pelbagai ragam manusia, ya, pelbagai ragam, yang membuatkan aku merasa pelik. Yang akhirnya aku sendiri merasa pelik dengan diri sendiri.. Mengapa perlu kita merasa terasing, sedang kita bermula dari asal yang sama( Adam A.S.) dan bahan yang sama(Tanah). Mengapa sifat pentingkan diri sendiri begitu jelas didalam diri masing2. Kita berkata tentang mengapa islam mundur, tetapi kita lupa bahwa perbuatan itu segalanya bukan percakapan. Berkata hanya pada manusia yang tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Pelik....

Meniti jiwa makna cinta..

Kerlipan bintang menghiasi angkasa,
Menemani sang bulan mengganti sang suria,
Begitulah aturan ilahi,
Tiada tersilap tiada tercela,
Indahnya hidup bersama,
Dikala senang mahupun duka,
Andai kita memahami cinta,
Maka tiadalah hina, tiadalah hampa,
Hanya bahagia meniti dijiwa,
Keseorangan bagaikan sempurna,
Bila cinta Allah yang didamba..

Pesona cinta, meniti maksud, menyelam dasar jiwa, memberi makna, cinta sejati...

Ya Allah cintaMu amat ku perhati...

Disini aku berdiri,
Tegak disini aku memerhati,
Kehadiran insan yang berlalu pergi,
Tanpa disedari,
Hati ini telah disakiti,
Tanpa meraka mengetahui,
Hati ini dilukai,
Cinta yang pernah bersemi,
Akhirnya mati,
Kerana kasih hanya dari Ilahi,
Yang kekal abadi,
Bukan kerana nafsu yang beraja dihati,
Tapi iman yang menguasai diri,
Indahnya tidak terperhati,
Bahagianya tidak terperi,
Itulah kasih ilahi...

Teguh..

Desiran bayu yang lembut damai rasanya dihati, kicauan beburung disana riang sekali, suara unggas memberi erti kebesaran Ilahi, gemilang kudrat ilahi, disana sini ternyata bukti keagungan ilahi. Penawar bagi resahnya hati.. Manusia tiada aman dari kemelut jiwa... Dunia umpama sebuah perigi yang kehausan, tiada lagi tempat untuk berkasih sayang, sifat pentingkan diri menular disegenap pelosok rumpun bani insan. Syaitan beraja dihati dan dijiwa, teguhkanlah iman didalam diri moga dikau akan merasai, betapa indahnya nikmat Ilahi dan yakinlah dikau akan dirahmati, harus kau percaya dengan pasti dunia tidak kekal abadi, hanya menguji cekalnya hati, sebagai khalifah yang sejati. Terpedaya pada dunia akan terlupalah akhirat disana.

Dunia Yang Lebih Indah

Menjadi fitrah manusia hidup didunia perlu sesama begitu adanya.Pabila duka mengusik indahnya suka dan seharusnya bangkitlah dijiwa.
Rasa peduli menolong sesama bukan hanya bicara tapi tindakan yang utama.
Disini kita dengan segala yang dipunya semuanya fana titipan semata
Lihat saudara kita disana, dalam nestapa, dimanakah cinta?
Cuba rasakan setiap tangisan yang tak berhenti berharap akan huluran tangan memberi cinta dan harapan.
Bersama kita melangkahkan kaki menuju dunia yang lebih indah.
Pernahkah, kita bayangkan jadi mereka? Belum tentu, cuba sedari, tanya diri sendiri, apa sekadar simpati??