Sunday, June 22, 2008

Kelembutan Bukan Suatu Kehinaan


Para wanita sekelian, berkali sy mendengar tentang ungkapan wanita itu lembut. Dan disebabkan kelembutan itu juga kita "melihat" wanita itu dalam kelemahan. Ya, betul, wanita itu dilahirkan dengan kelembutan, dan kelembutan menjadi peribadi kewanitaan. Tetapi sedarlah wanita, kelembutan itu BUKAN satu kehinaan bukan jua satu kelemahan. Ingatlah wanita itulah yang melahirkan para2 ulama`, wanita jugalah melahirkan para2 imam, wanita jugalah yang melahirkan para2 pejuang di jalan Allah, dan wanita jugalah yang telah melahirkan Nabi Muhammad SAW manusia agung! Kelembutan kerana kasih syang, wanita mampu menggoncang dunia dengan melahirkan insan2 yang hebat! Sy bersetuju dgn seorng responden didalam chatbox sy, mengatakan bahawa wanita perlukan kasih syang dan pengertian dalam perhubungan, TETAPI mengapa kalau kita mendambakan cinta pada orng yng tidak memberikan kita apa2? Ingatlah pesanan ini, seorng lelaki yang bermaruah tinggi tidak akan mendambakan cinta pada wanita yang mencintai orng lain, kerana lelaki para pejuang Allah SWT mempunyai harga diri yang tinggi. Dan mereka mencari cinta kerana inginkan sebuah perkahwinan dalam masa terdekat. Kerana bagi mereka nilai cinta itu hanya lah disisi Allah SWT. Jadi para wanita sekalian, jika anda ingin mencari pejuang Allah, maka berjuanglah dahulu dengan perasaan anda, jgn menjadi lemah kerana kelembutan. Sedang Allah SWT menciptakan kelembutan pada wanita adalah untuk melahirkan dan mengasihi para insan2 hebat!!

created by Ibnu Zali 22/6/08 (15:29)

No comments: