Monday, June 23, 2008

Yang Terbaik itu dari kesabaran

Sesungguhnya sepanjang kehidupan sy telah menempuhi pelbagai onak dan duka yang memaniskan sebuah perjalanan. Hari ini telah menjadi saksi bahawa kesabaran saya telah Allah gantikan dengan yang terbaik. Benarlah janji Allah SWT bahawa Dia selalu bersama hamba-hambaNya yang sabar bukan? Begitu indah nilai sebuah kesabaran yang didalamnya penuh kenikmatan bagi hambaNya yang mengetahui.. Terima kasih buat insan yang telah mengajar aku erti sebuah kehidupan...

Ku melihat indahnya alam ciptaanNya
Memberi pengertian pada diri ini
Sebuah kehidupan penuh onak dan duri
Tika diri dipukul badai melanda
Hanya kesabaran menjadi ganti perasaan dihati
Hanya yang sabar mampu kecapi
Keindahan sebuah derita ini
Yang akhirnya melahirkan sebuah simpati
Pada diri sendiri,
Memberi seribu erti
Tentang indahnya ciptaanNya
Walau derita disitulah bahagia
Tanpa menyesali, Tanpa iri hati

No comments: