Sunday, June 22, 2008
TRUST AND FAITH
Bagaimana sy mahu mulakan tajuk ini yang agak berat bg sy.. Bagi sy dalam satu perhubungan kepercayaan dan keyakinan adalah suatu yang penting. Tanpa keduanya, pincanglah bahagia, runtuhlah tembok cinta, manusia mula meragui sesama mereka. Dan disinilah bermula sebuah kepincangan yang besar. Syaitan itu terdiri daripada golongan jin dan manusia, dan syaitan inilah yang memisahkan dan menghilangkan rasa percaya didalam diri manusia. Ramai orng langsung tidak sedar akan perbuatan mereka itu kdg2 begitu menyakitkan walaupun perkara itu kecil. Jika jarak dan masa membatasi itu bukan sebab membolehkan kita hilang kepercayaan, itu zalim. Jgn kita menghakimi sesuatu perkara dari perspektif pandangan kita, tetapi ukurlah, lihatlah dari sudut kebenaran sesuatu itu, janganlah kita menzalimi orng dengan keraguan yang ada pada diri kita. Ingatlah saudara2ku, kerana hilangnya percaya dan yakin, rumah tangga yang bertahun itu bisa roboh rapat kebumi, kerana hilangnya keduanya itu bumi ini bergelumang dengan perang yang tidak berkesudahan, kerana hilang keduanya juga dunia telah hilang serinya... Marilah kita sama2 menuju ke dunia yang lebih indah.. Maafkan kesalahan insan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment