Wednesday, May 28, 2008
Oh Allah..
even if it takes forever
Please.... Let us meet in the Hereafter...
Susahnye....
Rimbun Keampunan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan
Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan
we come to love not by finding a perfect person , but by learning to see imperfect person perfect.
Tuesday, May 27, 2008
Fikirkan sejenak bersama-sama..
Cinta
DARI TUHAN UNTUKKU..
Ketika ku meminta kekuatan
Tuhan memberikan aku kesukaran
Kerana melaluinya aku akan menjadi kuat
Ketika ku meminta kebijaksanaan
Tuhan memberikan aku masalah untukku selesaikan
Kerana dengan melaluinya ku mendapat pengalaman
Ketikaku meminta kemewahan
Tuhan memberikan ku akal untuk berkerja
Kerana melalui berfikir ku mula melihatkan cara
Ketikaku meminta ketabahan
Tuhan memberikan ku rintangan
Kerana melaluinya ku akan teruji
Ketika ku meminta cinta
Tuhan memberikan ku insan yang menderita yang perlu ku bantu
Kerana melaluinya perasaan cinta akan bermula
Ketika ku meminta bantuan
Tuhan memberikan ku peluang
Kerana melaluinya aku mula mencuba
Betapa indahnya hidup ini kerana Tuhan tidak pernah memberi apa yang aku pinta
Tetapi ku menerima segalanya yang ku perlukan untuk meneruskan kehidupan
Kerana secara tidak langsung ku telah menerima segala-galanya.
Terima Kasih Ya Allah...
Monday, May 26, 2008
Badar 313
Tak kan berundur
Walaupun selangkah
Biarlah berkubur
Tak kan menyerah
Begitu mujahadah
Begitu terserlah
Biarlah basah
Bumi yang bertuah
Rentak dan tarian
Telah diperturunkan
Hanya yang beriman
Terus ke depan
Dan demi masa
Dan demi agama
dan demi bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Dan demi masa
Demi agama
Dan anak bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menerang
313 tentera Badar gemilang
Anugerah Allah
Sunday, May 25, 2008
Duhai Allah
Duhai Allah,
Pemilik segala alam raya
KepadaMu bermuara doa
KepadaMu bermuara cinta
Duhai Allah
Hanya kepadaMu daku mengadu
Ku berdoa kepadaMu
Ya Allah jangan tinggalkan daku
Duhai Allah yang Maha Kuasa
CahayaMu mulia alangkah indahnya
Terangi hati yang lama resah
Tenteram kan jiwa yang gelisah
Duhai Allah
Rinduku pilu hanyalah milikmu
Dekatkanlah daku denganmu
Ya Allah jangan tinggalkan daku
Alam
Jodoh
Jodoh itu pasti ada untuk mu, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, aku ragu adakah aku lelaki yang baik, tapi bila ibu mengatakan aku anaknya yang baik, aku tersenyum syukur, pasti aku akan dapat jodoh yang baik. Ibu telah menyatakan untuk terima sesiapa sahaja jodoh aku kelak, ibu tidak melihat harta dan kedudukan, tapi ibu menyatakan hati yang dapat menerima nasihat dari aku dan menghormati aku, dan ibu katakan lagi itulah jodoh yang terbaik buatmu. Ya Allah benar sungguh kata seorng ibu itu lilin yang menerangi gelapnya jalan. Alhamdulillah Kau telah bawa aku keluar dari masalah ini hanya dengan nasihat seorang ibu. Alangkah manisnya jika adik2 ku yang lain turut merasakan begini. Ibu tak pernah memarahi aku, sejak aku lahir, aku ingat ibu sesekali tidak pernah marahkan aku walaupun besar mana salah aku, yang keluar dari mulutnya hanya pesanan dan nasihat. Akhirnya aku berjaya juga masuk ke Universiti Malaya, dan sekarang aku di tahun akhir pengajian. Akan ku balas jasamu ibu dengan kudratku yang terdaya. Selama ini aku takut kehilangan seseorng yang aku sayang, tapi hari ini aku mendapat kekuatan, ibu berkata jodoh itu sudah ditetapkan yang terbaik untukmu anakku. Kau hilang seseorng tapi Allah gantikan yang lebih baik. Aku telah kehilangn seorng "al-hafizah" pasti aku akan dapat yang lebih baik dari itu, ulama` mungkin insyaallah. Bersabarlah serahkan saja pada yang Esa. Bila masanya menjelma kebahgiaan akan tiba. Mungkin Allah mengambil "si dia" kembali untuk ditarbiyyah dan dipulangkan kembali dalam keadaan yang lebih baik mungkin. Semua bisa Allah lakukan jika ia menghendaki sesuatu. Aku pasrah dan sabar untuk menanti saat detik dimana aku di anugerahi isteri yang taat pada Allah dan suami. Aku serahkan segalaNya pada yang Esa.