Ketahuilah bahawa ada cinta yang membawa ke syurga, cintailah insan yang mencintai Allah kelak Allah juga cinta kepadamu. Tetapi ranjau itu pasti ada, kerana dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin. Fahamilah sedalam-dalamnya, kerana hanya orang yang tabah dan berjaya merentasi halangan adalah orng2 yang berjaya. Sesungguhnya disebalik kesusahan ada kesenangan, disebalik kepayahan disitulah kekuatan.
DARI TUHAN UNTUKKU..
Ketika ku meminta kekuatan
Tuhan memberikan aku kesukaran
Kerana melaluinya aku akan menjadi kuat
Ketika ku meminta kebijaksanaan
Tuhan memberikan aku masalah untukku selesaikan
Kerana dengan melaluinya ku mendapat pengalaman
Ketikaku meminta kemewahan
Tuhan memberikan ku akal untuk berkerja
Kerana melalui berfikir ku mula melihatkan cara
Ketikaku meminta ketabahan
Tuhan memberikan ku rintangan
Kerana melaluinya ku akan teruji
Ketika ku meminta cinta
Tuhan memberikan ku insan yang menderita yang perlu ku bantu
Kerana melaluinya perasaan cinta akan bermula
Ketika ku meminta bantuan
Tuhan memberikan ku peluang
Kerana melaluinya aku mula mencuba
Betapa indahnya hidup ini kerana Tuhan tidak pernah memberi apa yang aku pinta
Tetapi ku menerima segalanya yang ku perlukan untuk meneruskan kehidupan
Kerana secara tidak langsung ku telah menerima segala-galanya.
Terima Kasih Ya Allah...
Tuesday, May 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment