Saturday, May 31, 2008
Rintangan dalam kehidupan..
Kita semua pernah merasa sebaknya hati, remuknya hati bila sesuatu yang kita harapkan menjadi sebaliknya.. Kita bertanya pada diri, apakah salah kita, lantas kita melupakan kelebihan tatkala berlakunya rintangan itu.. Rintangan itu menjadikan kehidupan ini manis, ya, kehidupan akan terasa manisnya bila rintangan itu dapat kita lalui dengan hati yang redha.. Kita ini hidup dilautan dunia yang pastinya sentiasa berombak, kekadang membawa kepada ribut, hanya nakhoda yang bijak akan terselamat.. Mengemudi kehidupan ini sukar tanpa panduan dari Allah, penulis pernah ditanya bagaimana kita untuk berdialog dengn Allah sedang kita manusia biasa bukan nabi, jawapannya mudah, bukalah al-quran, bukalah tafsir kita akan merasa seolah2 Allah sedang berbicara dengan kita, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan harapan, kita akan merasa seolah2 Allah itu menjawab segala rintihan kita.. Hati yang remuk itu akan terubat, hati yang kecewa itu akan gembira kerana Allah Maha Penyayang lagi Mengasihi hambaNya, Dia tidak akan membiarkan hambaNya begitu sahaja setelah merintih padaNya. Sayangilah orng sekeliling kita, bagimana jahat pun orng itu syangilah mereka, kerana pabila kita sayang pada orng sekeliling kita maka rasa sayang itu akan tertumpah pada kita jua akhirnya. Maafkan dan lupakan kesalahan insan, kerana kita juga insan biasa yang melakukan kesalahan, perbaikilah silaturahim kerana disitu ada kekuatan yang tiada bandingannya bagi orng yang memahami.. Rintangan dalam kehidupan itu adalah kerana Allah menyayangimu.. Wahai tuhan yang membalik-balik kan hati, tetapkan hati kami dalam agamaMu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment