Sunday, June 22, 2008

Kelembutan Bukan Suatu Kehinaan


Para wanita sekelian, berkali sy mendengar tentang ungkapan wanita itu lembut. Dan disebabkan kelembutan itu juga kita "melihat" wanita itu dalam kelemahan. Ya, betul, wanita itu dilahirkan dengan kelembutan, dan kelembutan menjadi peribadi kewanitaan. Tetapi sedarlah wanita, kelembutan itu BUKAN satu kehinaan bukan jua satu kelemahan. Ingatlah wanita itulah yang melahirkan para2 ulama`, wanita jugalah melahirkan para2 imam, wanita jugalah yang melahirkan para2 pejuang di jalan Allah, dan wanita jugalah yang telah melahirkan Nabi Muhammad SAW manusia agung! Kelembutan kerana kasih syang, wanita mampu menggoncang dunia dengan melahirkan insan2 yang hebat! Sy bersetuju dgn seorng responden didalam chatbox sy, mengatakan bahawa wanita perlukan kasih syang dan pengertian dalam perhubungan, TETAPI mengapa kalau kita mendambakan cinta pada orng yng tidak memberikan kita apa2? Ingatlah pesanan ini, seorng lelaki yang bermaruah tinggi tidak akan mendambakan cinta pada wanita yang mencintai orng lain, kerana lelaki para pejuang Allah SWT mempunyai harga diri yang tinggi. Dan mereka mencari cinta kerana inginkan sebuah perkahwinan dalam masa terdekat. Kerana bagi mereka nilai cinta itu hanya lah disisi Allah SWT. Jadi para wanita sekalian, jika anda ingin mencari pejuang Allah, maka berjuanglah dahulu dengan perasaan anda, jgn menjadi lemah kerana kelembutan. Sedang Allah SWT menciptakan kelembutan pada wanita adalah untuk melahirkan dan mengasihi para insan2 hebat!!

created by Ibnu Zali 22/6/08 (15:29)

Saturday, June 21, 2008

Sebuah Ceritera Hati, tika dinihari..


Ditengah kepekatan malam aku harungi
Sebuah kehidupan yang akhirnya akan bertepi
Aku mencari sebuah cinta sejati
Melalui manusia dari Tuhan yang hakiki
Indahnya tidak terperi
Memberi maksud sekeping hati
Syukur kehadrat ilahi
Akhirnya ku temui
Sebuah hiasan duniawi
Menjadi teman disyurga nanti
Mengharungi dunia kesana dan kemari
Demi mendamba cinta rabbi
Sekali melangkah tiada terhenti
Agar kekal terus abadi
Diakhirat sana indah sekali...



created by Ibnu Zali 22/6/08(12:03 AM)

Friday, June 20, 2008

Anatomy Of Believers


Hari ni kita akan masuk pelajaran perubatan jiwa, tajuk hari ini adalah bertajuk anatomi orng beriman. Kita bermula dengan dahi, dimana dahi bagi orang beriman adalh tempat dimana dia bersujud pada yang Esa. Kemudia telinga pula dalh organ yang digunakan untuk mendengar bacaan al-quran dan perkara-perkara baik. Mata pula adalah digunakan untuk melihat perkara-perkara yang halal dan menjauhi haram.Lidah pula digunakan untuk berkata apa yang menyenangkan Allah SWT. Kemudian kita melihat organ paling besar iaitu hati. Hati ini digunakan untuk memenuhinya dengan keyakinan pada Allah SWT. Kemudian otot-otot pula digunakan untuk berjuang dijalan Allah SWT. Kemudian kita pergi kepada organ perut, fungsi perut adalah untuk berpuasa dan memelihara dari perkara haram dan syubhat. Tangan pula fungsinya digunakan untuk menolong orng2 yang didalam kesusahan. Dan kaki pula digunakan untuk berhijrah demi agama Allah.

created by Allah SWT, through His servant, Ibnu Zali.

Untukmu "Ummi"...


Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi
Diantara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impianmu
Oh sayang ikhlaskanlah hatimu
Malumu brnilai katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha ilahi
Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Kau permaisuri dihatiku
Didunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima Kasih ucapan kuberi
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama sampai kepadaNya
Disyurga sana
Tuhan bekalkanlah permaisuri hatiku
Untuk menemani dalam menggapai cintaMu

Thursday, June 19, 2008

Erm...


Bagaikan hausnya bumi gersang, lantaran kekeringan tidak ditimpa hujan, begitu sepinya dan rindu hatiku bila cintamu tidak bersemi. Berjalan aku, bagai kesesatan, ditanah Tuhan diriku ditinggalkan tiada teman untuk ku mengadukan resah hidupku ditimpa sesalan, ku dambakan cinta sejati yang kekal selamanya, biarpun pahit jalan meraihnya, demi redhaMU ku tempuh jua.

Kerana cinta lahir dari sanubari, biarpun perit menuju cintamu namun sedikit pun tidak menghilangkan tekadku, biar diracun dunia, Ya Allah selama ini tidak kusedari cintaMu tak pernah menyepi, maafkanlah redhailah..


Wednesday, June 18, 2008

Menghilangkan Ingatan... (Bukan Amnesia)


1. waktu
sebagaimana kita melewati proses untuk mencintai seseorang, juga ada proses untuk melupakan orang tersebut. jadi kita harus sedar bahawa memang perlu waktu untuk melupakan seseorang yang pernah (atau mungkin masih) kita cintai.

2. kemahuan
seberapa besar kemahuan anda untuk melupakan orang tersebut. kalau tidak ada kemahuan untuk melupakan sampai bila-bila pun tidak akan lupa. jadi lama atau tidaknya waktu yang diperlukan untuk melupakan, tergantung dari besarnya kemahuan ini.

3. tindakan
bertindak apa sahaja untuk membolehkan melupakan orang tersebut. perlu ada tindakan untuk melupakan orang tersebut. mungkin dengan tidak menghubungi sama sekali dengan orang tersebut sampai bahkan membuang barang2 pemberian dia. anda boleh lebih memfokus pada pekerjaan atau hobi anda.

Selamat tinggal silamku.. Pergi jauh dariku biarkan ku, jangan ganggu diriku hai silamku, berat sudah ku tanggung beban ini, kelak akan ku ganti dengan senyuman, oh walau pun pahit dan masih ku terasa, mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi,Ya Allah pimpin jiwaku ini diri yang lemah Tuhanku, selamat tinggal silamku pergi jauh dariku....

Bagaimana pun ia, semuanya adalah bergantung kepada diri anda untuk melupakan kenangan silam...

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak BERSEDIH HATI akan apa yang telah luput daripada kamu" al-hadid:23

Lelaki Dan Wanita..


Bayangkan sebuah metafora ini...

Zaman dahulu penduduk marikh terdiri daripada golongan lelaki. Penduduk marikh ini meneropong ke arah Zuhal dan menemui penduduk Zuhal iaitu wanita. Apabila penduduk marikh menyedari kewujudan penduduk Zuhal, mereka telah mencipta pengangkutan untuk ke Zuhal. Akhirnya penduduk Marikh pun tiba di Zuhal. Penduduk Zuhal menerima kehadiran penduduk Marikh dengan hati terbuka. Tiba-tiba satu perasaan telah muncul dalam hati kedua2 penduduk marikh dan zuhal, mereka telah jatuh hati antara satu sama lain. Percintaan antara mereka begitu ajaib. Mereka ingin bersama setiap masa, melakukan sesuatu bersama-sama dan berkoangsi segalanya. Kemudian mereka bersetuju untuk berhijrah ke bumi. Pada awal kehidupan di bumi segalanya indah dan berjalan lancar, tetapi pada suatu hari mereka bangkit dari tidur dan mereka telah lupa dari mana asal mereka, hilang ingatan-AMNESIA. Mereka telah lupa bahawa mereka berasal dari planet yang berasingan dan cara mereka berfikir juga semestinya berbeza. Sejak hari itu berlakulah konflik jantina diantara mereka. Mereka saling menuduh bahawa kedua2 nya tidak memahami..

Begitulah sekadar metafora bagaimana boleh terjadi pertelingkahan didalm perkahwinan dan percintaan antara dua jantina.

Lelaki dan wanita adalah berbeza. Lelaki lebih menilai diri mereka dengan kemampuan, kuasa, efisien dan kejayaan. Mereka sentiasa melakukan perkara untuk membuktikan kejaguhan mereka dan membangunkan kuasa dan keupayaan mereka. Malah pakaian mereka juga menunjukkan kekuasaan. Polis, askar, dan sebagainya. Lelaki suka menyelesaikan masalah mereka tanpa bantuan sesiapa. Mereka jarang bercakap tentang masalah mereka melainkan mereka memerlukan nasihat pakar. "Kenapa aku perlu memerlukan orng lain sedang aku mampu melakukan sediri" itu adalh sifat lelaki. Biasa pabila meraka berada dalam masalah mereka akan duduk senyap di satu sudut dunia.
Wanita pula menghargai cinta, komunikasi, kecantikan, dan perhubungan. Diri mereka ditafsirkan melalui perasaan dan kualiti hubungan mereka. Wanita lebih mementingkan kehidupan dalam harmoni, komuniti, dan kasih syang. Wanita lebih bersifat bercerita. Mereka suka bercerita masalh pada pasangannya, tetapi HANYA sekadar bercerit jadi lelaki seharusnya mendengar bukan memberi jalan penyelesaian. Hanya pabila mereka memohon jalan maka barulah lelaki membrikan jalan. Wanita pula harus memahami lelaki dari sudut pemikiran lelaki yang bersifat "independent". Jadi pabila berlaku sesuatu pada lelaki mereka lebih suka berdiam tanpa bercerita. Oleh sebab itu lelaki harus belajar mendengar luahan rasa wanita dan wanita pula harus memahami sifat "independent" lelaki..

Bukan susah bukan untuk memahami suami atau isteri kita?? Ingatlah wanita dan lelaki itu berbeza dari sifat luaran dan dalaman. Jadi memahami itu penting.. Indah bukan???

Perubatan Islam Dan Pembuktian Dalam Sains Moden

Menurut Muslim, Salman al-Farisi pernah ditanya, "Adakah NabiMu mengajar kepadamu mengenai semua perkara termasuk yang berkaitan membuang air besar?" Salman berkata, "Ya, beliau melarang kami menghadap kiblat ketika membuang air besar dan kecil. Beliau juga melarang kami membersihkan najis selepas membuang air dengan tangan kanan ataupun kurang dari tiga biji batu.Beliau juga melarang kami menggunakan najis dan tulang"

Islam sangat memelihara tiga maslahat,
1.Perkara daruriyat
-ia adalah perkara asas dalam kehidupan. Terbahagi kepada lima bahagian asas, agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta benda.

2.Perkara Hajjiyat
- ia adalah perkara yang diperlukan oleh manusia bagi menghilangkan kesusahan dan kesempitan.

3.Perkara Tahsiniyat
-ia adalah aspek penyempurnaan yang diperlukan bagi mencantikkan kehidupan disamping memelihara maruah dan akhlak

....Belum Selesai...

Tuesday, June 17, 2008

Kesyukuran Hadirnya Insan..


Susah benar nak mengajar orng supaya menghargai diri sendiri dan orng disekitar. Ungkapan belum masa nya lagi untuk berubah sudah muak ditelinga sy. Mereka seolah2 merasakan bahawa mereka hidup seribu tahun lagi.. Entahlah, sedih melihat wabak ini belum pulih. Hargailah setiap insan yang hadir dalm hidup kita kerana kehadiran itu bukan sia2, walaupun yang hadir itu musuh.
Disebakan itulah kita secara tidak sedar telah mensia2kan satu anugerah Allah SWT. Sayangilah insan yang memerlukan dan diperlukan. Saya ingin menegue sesetengah orng yang tidak faham erti penghargaan, carilah diri sendir, kerana kadang2 kita merasa kita mengenal diri tetapi hakikatnya kita dah terpesong oleh hasutan syaitan, sehingga kita tidak menjaga hubungan sesama manusia, sedangkan kita berusaha menjaga hubungan dengan Allah SWT. Sayangilah makhluk dibumi, nnt makhluk dilangit menyayangiMu. Carilah Allah SWT dan jagalah hati sesama makhluk. Jangan biarkan diri kita bahagia sedang orng lain sekitar kita menderita.. Bersama kita menjaga ukhuwwah agar bahagia dunia akhirat.Ini indah bukan??

Monday, June 16, 2008

Cinta lagi.....

Saya suka menulis topik berkaitan cinta ni, kerana ramai antara kita masih tidak faham erti makna cinta, yang mereka tahu, nak bercinta...

[Allah berfirman dlm surah AnNur : 26] (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnyaSeandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Saudaraku sekelian, cuba memahami maksu ayat ini, orng yang bahagia bercinta jika dicampak ketengah lautan pasti akan menemui jalan kehidupan, tapi orng yang kecewa bercinta jika diletakkan didalam gudang gandum pasti akan mati kelaparan.. Fikir-fikirkanlah saudaraku....

Al-Fatihah buat Allahyarham Yahafizi yang baru meninggal petang tadi (16/6/08)