Wednesday, May 28, 2008

Oh Allah..

Ya ALLAH... to seek your love is my endeavor,
even if it takes forever
Please.... Let us meet in the Hereafter...

Susahnye....

Seringkali penulis mendengar perkataan "perlahan-lahan", "nanti-nanti", "entahlah" bila penulis bertanya soalan bila mereka hendak berubah. Lupakah kita bahwa maut dan ajal itu terlalu hampir, bolehkah kita melewatkan ajal, jawapannya sudah tentu tidak bukan? Jadi mengapa kita masih mahu menangguhkan lagi untuk melakukan perubahan?

Rimbun Keampunan

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan


we come to love not by finding a perfect person , but by learning to see imperfect person perfect.

Tuesday, May 27, 2008

Fikirkan sejenak bersama-sama..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. . Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan. .....

Cinta

Ketahuilah bahawa ada cinta yang membawa ke syurga, cintailah insan yang mencintai Allah kelak Allah juga cinta kepadamu. Tetapi ranjau itu pasti ada, kerana dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin. Fahamilah sedalam-dalamnya, kerana hanya orang yang tabah dan berjaya merentasi halangan adalah orng2 yang berjaya. Sesungguhnya disebalik kesusahan ada kesenangan, disebalik kepayahan disitulah kekuatan.

DARI TUHAN UNTUKKU..

Ketika ku meminta kekuatan
Tuhan memberikan aku kesukaran
Kerana melaluinya aku akan menjadi kuat

Ketika ku meminta kebijaksanaan
Tuhan memberikan aku masalah untukku selesaikan
Kerana dengan melaluinya ku mendapat pengalaman

Ketikaku meminta kemewahan
Tuhan memberikan ku akal untuk berkerja
Kerana melalui berfikir ku mula melihatkan cara

Ketikaku meminta ketabahan
Tuhan memberikan ku rintangan
Kerana melaluinya ku akan teruji

Ketika ku meminta cinta
Tuhan memberikan ku insan yang menderita yang perlu ku bantu
Kerana melaluinya perasaan cinta akan bermula

Ketika ku meminta bantuan
Tuhan memberikan ku peluang
Kerana melaluinya aku mula mencuba

Betapa indahnya hidup ini kerana Tuhan tidak pernah memberi apa yang aku pinta
Tetapi ku menerima segalanya yang ku perlukan untuk meneruskan kehidupan
Kerana secara tidak langsung ku telah menerima segala-galanya.
Terima Kasih Ya Allah...

Monday, May 26, 2008

Badar 313

Tak kan berundur
Walaupun selangkah
Biarlah berkubur
Tak kan menyerah
Begitu mujahadah
Begitu terserlah
Biarlah basah
Bumi yang bertuah
Rentak dan tarian
Telah diperturunkan
Hanya yang beriman
Terus ke depan
Dan demi masa
Dan demi agama
dan demi bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Dan demi masa
Demi agama
Dan anak bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menerang
313 tentera Badar gemilang

Anugerah Allah

Sesungguhnya malam ini telah menyaksikan satu anugerah dari Allah yang menggantikan apa yang telah hilang dari hidup aku. Hadirnya memberi nafas baru untuk aku terus berjuang di jalanNya, untuk aku terus menghadapi mehnah ujian jalan dakwah ini. Terima kasih wahai yang lembut hatinya. Sesungguhnya aku bersyukur tatkala hadirmu anugerah dari Allah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Bersabarlah didalam jalan perjuangan ini yang sememangnya mencabar tetapi ingatlah balasan syurga yang menanti bagi orang2 yang sabar didalam ujian Allah.

Sunday, May 25, 2008

Duhai Allah

Duhai Allah,

Pemilik segala alam raya

KepadaMu bermuara doa

KepadaMu bermuara cinta

Duhai Allah

Hanya kepadaMu daku mengadu

Ku berdoa kepadaMu

Ya Allah jangan tinggalkan daku

Duhai Allah yang Maha Kuasa

CahayaMu mulia alangkah indahnya

Terangi hati yang lama resah

Tenteram kan jiwa yang gelisah

Duhai Allah

Rinduku pilu hanyalah milikmu

Dekatkanlah daku denganmu

Ya Allah jangan tinggalkan daku

Alam

Aku perhatikan suasana malam.. indahnya bintang, indahnya bulan, sejuknya hati bila dapat melihat kebesaran Allah itu.. Gelap langit telah mengajar aku bahawa, hidup ini silih berganti baik dan buruk. Tapi diantara kegelapan itu ada bintang-bintang yang memberikan panduan arah bagi kelasi, begitu juga didalam kehidupan tiba saat buruk itu bukan unutk menyesatkan tetapi memberikan panduan ketika kita telah sesat sewaktu baiknya.. Fikir-fikirkanlah...

Jodoh

Menurut ibuku,
Jodoh itu pasti ada untuk mu, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, aku ragu adakah aku lelaki yang baik, tapi bila ibu mengatakan aku anaknya yang baik, aku tersenyum syukur, pasti aku akan dapat jodoh yang baik. Ibu telah menyatakan untuk terima sesiapa sahaja jodoh aku kelak, ibu tidak melihat harta dan kedudukan, tapi ibu menyatakan hati yang dapat menerima nasihat dari aku dan menghormati aku, dan ibu katakan lagi itulah jodoh yang terbaik buatmu. Ya Allah benar sungguh kata seorng ibu itu lilin yang menerangi gelapnya jalan. Alhamdulillah Kau telah bawa aku keluar dari masalah ini hanya dengan nasihat seorang ibu. Alangkah manisnya jika adik2 ku yang lain turut merasakan begini. Ibu tak pernah memarahi aku, sejak aku lahir, aku ingat ibu sesekali tidak pernah marahkan aku walaupun besar mana salah aku, yang keluar dari mulutnya hanya pesanan dan nasihat. Akhirnya aku berjaya juga masuk ke Universiti Malaya, dan sekarang aku di tahun akhir pengajian. Akan ku balas jasamu ibu dengan kudratku yang terdaya. Selama ini aku takut kehilangan seseorng yang aku sayang, tapi hari ini aku mendapat kekuatan, ibu berkata jodoh itu sudah ditetapkan yang terbaik untukmu anakku. Kau hilang seseorng tapi Allah gantikan yang lebih baik. Aku telah kehilangn seorng "al-hafizah" pasti aku akan dapat yang lebih baik dari itu, ulama` mungkin insyaallah. Bersabarlah serahkan saja pada yang Esa. Bila masanya menjelma kebahgiaan akan tiba. Mungkin Allah mengambil "si dia" kembali untuk ditarbiyyah dan dipulangkan kembali dalam keadaan yang lebih baik mungkin. Semua bisa Allah lakukan jika ia menghendaki sesuatu. Aku pasrah dan sabar untuk menanti saat detik dimana aku di anugerahi isteri yang taat pada Allah dan suami. Aku serahkan segalaNya pada yang Esa.