Saturday, May 17, 2008

Iman & Ujian

Bila diri dilanda kesusahan, dilanda ujian, terasa iman itu menjadi lemah, tatkala itu diri menjadi gelisah kerana kehilangan cahaya yang selama ini menjadi teman yang setia. Begitu sukar kiranya untuk meneguhkan iman. Bagaikan hati ini dirobek, dimamah bila ujian itu datang. Serba pekerjaan menjadi tidak kena, ada saja kesilapan, kerana fikiran tidak menentu, terasa godaan syaitan dan iblis itu mencucuk-cucuk, hanya doa dan kepasrahan padaNya dapat mengurangkan rasa digoda itu. Bila diri kita tidak dapat berbuat apa-apa tika ujian datang ketika itu diri amat tertekan, penulis sendiri pernah mengalami peristiwa dimana penulis tidak dapt berbuat apa-apa melainkan redha danpasrah, tetapi hatilah yang remuk menderita, tika mulut berkata redha tika itulah juga hati mengamuk, bagaimana hendak dilepaskan beban itu penulis sendiri buntu.

No comments: