"16. Dan (terhadap) dua orng yang melakukan perbuatan keji diantara kamu, maka berilah hukuman kepda mereka, kemudian jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka, Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
17. Seseungguhnya taubat disisi Allah itu hanyalah bagi orng-orng yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya(1) yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (An-nisaa` 16-17)
(1) Maksudnya ialah:
-orng yang berbuat maksiat dengan tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah
maksiat kecuali difikirkan dahulu
- orng yang durhaka pada Allah baik dengan sengaja ataupun tidak
- orng yang melakukan kejahilan kerana kurang kesedaran lantaran sangat marah atau
kerana dorongan hawa nafsu.
Wahai orng yang lembut hatinya, sesungguhnya sifat Maha Pengampun Allah itu amat luas, lebih besar dari alam ini seluruhnya. Jangan kerana dosa yang kita lakukan atau lakukan bersama seseorng, janganlah meninggalkan orng itu, tetapi ajaklah dia bertaubat, jika dia masih degil maka tinggalkanlah walaupun sepahit mana pun, kerana pahit lagi murka Allah itu. Jangan kita meninggalkan seseorng itu kerana alasan ingin berubah, tetapi ajaklah dia berubah bersama, rahmat Allah itu bukan kepunyaan individu tetapi milik semua manusia yang inginkannya. Bukankah itu lebih baik dari meninggalkan dia dan membiarkan dia terus bergelumang dengan dosa dan tekanan. Sesungguhnya kita ini umat Muhammad SAW, yang menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar, bukannya membiarkan manusia itu terus berlaku zalim kepada dirinya. Wahai yang lembut hatinya, setinggi mana pun ilmu, sekuat mana pun iman pasti akan diuji dengan ujian yang kadangkala membuatkan seseorang itu berbuat maksiat berulang kali, tatkala Allah "merajuk" dan membiarkannya seketika supaya apabila Allah menegur akan memberi kesan pada hati. Tetpi whai yang lembut hatinya, apa yang dah berlaku itu anggaplah satu kesilapan lampau dan maafkan diri dan lupakannya, kerana hanya dengan melupakan seseorng itu mampu memaafkan. Wahai yang lembut hatinya cuba dibayangkan jika Allah mengampunkan kita tanpa "melupakan" kesalahan kita, pasti kemurkaanNya tetap ada, tempias murkaNya sahaja sudah cukup untuk membuatkan hidup kita terpisah dari rahmatNya.
"135. Whai orng-orng yang beriman, jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu, ibubapamu, kaum kerabatmu. Jika ia (1) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (An-nisaa` 135)
Wahai yang lembut hatinya, sesungguhnya bercakaplah benar ketika dimana pun anda berada.
Kullilhaq walau kana murron. Berkata benar walaupun pahit. Sesungguhnya bersumpah Wallahi itu bukan satu perkara yang main-main. Hanya kebenaran mampu di ungkapkan dengan kalimah itu, sesuai dengan kesucian kalimah-kalimah Allah itu. Jangan jadi seperti kaum Arab yang menjadi budaya Wallahi didalam hidup mereka, bukan untuk menegakkan kebenaran tetapi sekadar gurauan. Sungguh jahil perbuatan mereka itu..
Friday, May 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment