Friday, May 16, 2008
Perjuangan
Sesungguhnya perjuangan itu amat perit, tapi itulah hakikatnya sebuah kehidupan, kadang kita dikeji kadang kita dicemuh, tapi itulah sebenarnya memberi kemanisan dan kepuasan berjuang. Hidup ini tak selalu nya indah, hanya kesabaran dan ketabahan membuatkannya indah.Belum pernah orang yang berputus-asa itu menjadi orng yang berjaya! Jangan sesekali mengharap kesempurnaan daripada sesiapa, kerana diri kita juga tidak sempurna. Didalam perjuangan kadang kala kita akan jatuh, berkali-kali, maka perlulah sekiranya teman itu memberikan semangat. Lihat bagaimana Nabi SAW memulakan perjalanan penyebaran agama Allah, khadijah R.A. menjadi orang yang pertama membenarkan apa yang nabi SAW ucapkan dan memberikan nabi SAW semangat.. Bukan mudah untuk melangkah dikala diri dihina dicerca, dan disaat diri kehilangan punca, dengan sekelip mata, kita ditinggalkan orng-orng yang selama ini kita anggap akan memberi kita punca semangat baru. Tapi ketahuilah, disetiap diri orang berjuang itu sentiasa memaafkan kesilapan teman-temannya. Bukan mudah untuk bernafas didalam jiwa hamba. Maka kembalilah kepada temanmu, kerana bila engakau memerlukan dia tetap ada disis. Satu anugerah Allah yang tiada nilainya didunia. Hadirnya tanpa kita sedari, anugerah kurniaan Ilahi. Jangan ditinggalkannya kerana merasakan diri ini tidak mampu lagi menempuh dugaan bersama. Bahagia nya zulaikha, bahagianya khadijah, bahagianya hajar, bahagianya serikandi islam yang lain adalah berkat kesabarannya yang tinggi. Kerana mereka memahami bahawa perjuangan itu bukan mudah. Dan sejarah telah membuktikan tatkala harapan boleh dikatakan hilang tetapi berkat kesabaran Allah mengurniakan juga, kerana apa yang dilihat Allah itu adalah hati. Wahai yang lembut hatinya tanya pada dirimu. Kita merasakan siapalah kita ini jika dibanding dengan serikandi-serikandi ini, tapi lupakah kita mereka ini juga manusia, hamba Allah, kita juga manusia, hamba Allah, mungkin kita tidak dapat mencapai darjat seperti mereka, tapi apa salahnya untuk kita cuba menjadi seperti mereka. Bukan menjadi seperti mereka menjadi keutamaan tapi usaha kita kearah mencapai darjat mereka itu menjadi tempat pandangan Allah. Wahai yang lembut hatinya, kembalilah segera kepada sesiapa yang telah kamu lukai, selagi temanmu itu masih ada lekaslah pulang kepadanya. Ajaklah dia berjuang kerana Allah. Masih belum terlambat jika peluang itu belum tertutup.. Jangan sesekali perbuatan dan keputusan kita hari ini yang dikuasai perasaan menyebabkan kita menyesal yang tiada kesudahan. Telah banyak pengajaran dari sejarah, kenapa kita masih tidak mahu mengambil iktibar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment