Thursday, May 15, 2008

Rindu, Kesabaran, Kebahagiaan

Sesungguhnya rindu itu amat berat untuk ditanggung tatkala ubatnya berada `jauh`. Aku menahan rindu yang peritnya hanya tuhan yang tahu, kadang kala aku terasa ingin berputus-asa, tapi aku terfikir setelah aku melangkah sejauh ini patutkah aku berputus asa? Allah amat benci hambanya yang berputus-asa. Aku harap nasihat aku ini sampai dan meresap kedalam yang lembut hatinya. Bagaimana harus aku yakinkan dia bahawa, dugaan ini hanya sebentar, tawar hanya seketika, belum pernah kesabaran itu memakan diri, kebanyakan orng tabah semuanya bahagia. Bagaimana harus menasihati bahawa hubungan itu adalah ranjau, yang kadang-kadang kita merasa benci, yang kadang-kadang kita merasa tawar, TAPI itulah yang menjadikan hubungan itu manis. Manakan dinilai bahagia itu tanpa dugaan disisi. Kita hanya hambaNya yang lemah, aku telah melakukan kesilapan pada seseorng yang lembut hatinya. Tapi apa makna maaf tanpa melupakan? Bagaimana dianggap memaafkan sedangkan tidak melupakan. Itu bukan maaf bukan??? Kalau diingat akan melumpuhkan hati. Wahai yang lembut hatinya, bagkitlah dari mimpi mainan syaitan yang berjanji akan memisahkan kedua anak adam dan menanamkan rasa benci diantara mereka agar mereka bermusuhan sesama sendiri. Menilai lah dengan mata keadilan, semua manusia layak diberi peluang berkali-kali, kerana sudah WAJIB menjadi sifat manusia itu untuk melakukan kesilapan, kenapa tidak diterima dan diberi peluang? Sempurnakan kita untuk bertindak melebihi sifat tuhan itu?? Sedarlah setiap hari kita sentiasa diberi peluang oleh orng disekeliling kita. Janganlah menjadi seorng yang zalim dan kejam, besarkah kesalahan sehingga menghukum sedemikian rupa? Adakah kesalahan itu dibuat dengan sengaja, ketahuilah tiada seorng pun manusia didunia ini yang mahu lukakan hati manusia lain. Melainkan kesilapan sebgai sifat wajib manusia yang lemah. Jgan di buat alasan, kerna alasan itu menunjukkan kelemahan, alasan itu hnyalah alasan. Jgn berbohong kerana, tidak akan selamanya kita terlepas dengan berbohong. Allah menyifatkan orng yang berbohong itu munafik, tidak kira apa jua alasannya kecuali didalam darurat kerana mempertahankan keimanan padaNya. Kembalilah wahai yang lembuat hatinya, pulanglah, kebahgiaan itu menantimu, hanya untuk hamba-hambaNya yang tabah. Kerana kebahagiaan itu SUATU KESABARAN!

No comments: